Followers

life mrfeckry

29/03/2011

Today workout-Shoulder+ bicep


Hari ni trainning macam gile2 sikit.

Sambil layan lagu spring kuat-kuat, gua train shoulder , bicep ngan sikit chest. Ala chest tu pun setakat pump bench press je.

Jarang sebenarnya gua focus on bicep je. Sebab, kalau lebih dari 40 minit gua pum bicep, gua rasa kejang pula. Maybe sebab gua tak ambil asid amino. Sebab tu dia tak recover balik dengan cepat. Takpe, bukan elok sangat kalau asyik makan sumpllement ni. Boleh cover pakai ulam.

Fokus tu penting dalam trainning. Halwa telinga adalah sangat membantu untuk kita fokus dalam latihan. So pasang la lagu yang boleh buat lu orang improve lu orang punya fokus..

Training gua hari ni;
  • Seated Military Press
  • Behind-neck press
  • Dumbell front press
  • Side laterall press
  • Sit machine fly
  • Alternate dumbell press
  • Twist alternate dumbell press
  • Dumbell low-pullesy raise
Venue hari ni, gym rakyat KBS.

28/03/2011

Today workout-Back-tricep


Apesal hari ni gua macam sempot je trainnig?

Gua rasa macam penat semacam. Tak macam biasa je. Cuma semangat je ade tadi. Rasanya gua dah makan lipo 4 biji hari ni. Pelik betul. Ke sebab gua ni kurang rest.

Masalah kurang rest ni memang selalu jadi kat gua. Gua cek balik malam tadi gua tido pukul 11, bangun pagi tadi pukul 6.30 pagi. Cam cukup je. Ke maka tak cukup ye? Em, tapi serius wa cakap tadi gua train memamg lawan dengan semangat. Kalau gua pikir penat memang tak trainning la jawabnya.

Ada satu soul teknik yang perlu lu orang amalkan bila workout. Kalau lu orang set nak buat exercise tu 20 kali, lu orang kene buat lebih dari 20 kali. Contoh macah luorang nak buat sit up la. Dalam kepala dah set nak buat 20 kali. Tapi bila lu orang buat, pastikan lebih dari 20 kali. Sebab, yang lebih dari 20 tu la bukti semangat kita. Pastu yang lebih dari 20 tu la yang beri kesan yang maksimum. Paham tak?

Trainning gua tadi, back dan tricep;
  • sit up superset
  • Chin up + Bar dip as warm up
  • Wide-Grip Pull down 3style super set
  • One arm dumbell row
  • Dumbell bent over row
  • Bent Over laterall raise
  • Machine laterall raise
  • barbell bent over row
Tricep workout:
  • Tricep pushdown
  • Overhead tricep extension by machine
Venue hari ni, gym rakyat KBS.

27/03/2011

Today work out- Shoulder


Petang ni pergi lagi gym.

Dari dok tido kat umah, adalah lebih baik gua pilih untuk bersukan. Kali ni gua pi ke gym precint 9. Ala kat depan teja punya food court tu. Kalau yang dok kat putrajaya tu tau la.

Kali ni gua trainning shoulder plak. Penat memang penat. Dah la makan kurang. Diet le katekan. Citer sikit pasal diet ek. Gua ni dah hampir sebulan wa kata gua diet. Tapi tadi gua cek berat masih maintain je 90kg. Ayo, tak ade effect ke? Gua rasa badan gua macam dah kembang sikit la. Actually, minggu ni adalah minggu last gua akan gunakan lipo 6. Start april gua akan beralih pada whey protein. Kali ni gua nak buat saiz sikit. Gua akan buat untuk dua minggu dulu. Nak tengaok apa kesan dia. Macam mana rasa masa trainning, mana tau lagi penat ke.

Bab permakanan, gua akan cuba kawal je. Tak diet sangat. Bulan 5 baru gua akan buat heavy diet.Diet ni gua tak ada halangan untuk kawal nafsu, cuma satu je. Bila gua diet, bini gua mesti nak diet jugaa. Masalahnya, bini gua kurus. Kalau die diet makin kering la jawabnye die.

Orang kata, kalau makan protein perut akan buncit. Betul ke? biar gua buat kajian dulu kat badang gua.

Venue tadi, gym Precint 9.

Today workout- Chest+bicep


Hari ahad, hari bahagia gua untuk workout.

Workout lame-lame sambil tak di ganggu oleh sesiape. Maklumlah, hari ahad ni gym tak ramai. So tak payah la gua nak share barang-barang. Baru boleh concerntrate.

Hari ni trainning chest dan bicep. Pagi tadi masuk gym pukul 8.30. Keluar gym pukul 12. Ala, bukan every second gua workout. Ada juga lepak-lepak. Tapi masa gua buat cehst, gua serius sikit. Rehat cuma 30 saat je. Maklumlah kalau rehat lebih, nanti otot kecut pula.

Kali ni, wan join gua mai gym. Ala wan pengapit gua masa gua kawen aritu. Saje gua biarkan dia main sendiri. Wa suruh dia jog. Pastu gua nak tengok apa dia nak buat. Lepas jog, dia capai dumbell. Pastu buat concern arm curl. Biasala, kalau orang baru masuk gym, itu je la yang dorang tau buat. Sama macam gua dulu. Gua tengok wan main tu je, baru gua ajar main bench press.

Okey, latihan gua hari ni;
  • Sit up superset
  • Chin Up
  • Bench Press+Inner bench press+Dumbell Bench Press
  • Incline bench press+Inner incline bench press+ incline dumbell bench press
  • Decline bench press+Inner decline bench press
  • Dummbell bench press
  • Pull over
  • Dumbell fly
  • Dumbell arm curl
  • Machine arm curl
  • hangging leg up row
Ha, banyak jugakan. Ni petang ni pun gua rasa kalau tak ada ape nak buat, gua p gym la. Tapi tengok langit cam mendung.

Venue hari ni, gym rakyat KBS.

24/03/2011

Today workout- overall


Hari ni gym sunyi sepi..

Jangan kata orang main gym, yang jage gym pun sama juga. Ghaib entah ke mana. Gua sorang je dalam gym tu. Apa lagi, gua buat macam gua punya gym la.

Trainning hari ni, gua gelarkan qada' workout. Sebab gua main semua part. Dari shoulder sampai la ke kaki. Duration time gua ambil cuma 1 jam 1/2 je. Lebih kurang la. Dari pukul 12.30 sampai pukul dua. Setiap exercise gua buat cuma 4 set. Setiap set gua buat high rep. Gua tak main maximum berat. Ambil medium je. Yang penting gua rasa muscle tu kembang.  Lebih kurang buat size la.

Bahagian lutut gua masih tak berapa sembuh lagi . Sebab bila gua buat leg curl press, masih tak boleh buat secara sempurna.

Ayo, takkan kena urut lagi.

Trainning gua hari ni;
  • sit up superset
  • chin up + bar dip
  • behind neck shoulder press
  • military seated shoulder press
  • dumbell fly +front raise
  • bench press
  • dumbell bench press
  • dumbell curl
  • tricep push down
  • leg press
  • leg extension
  • hanging knee up
  • hanging leg raise
Ha..banyakkan, nama pun main overall mesti la banyak. Ramai yang tanya macam mana nak buat sixpack, gua pun tengah berusaha ni nak kasi kelaur gua punya sixpack. Macam mana gua buat? Basic je, sit up buat banyak kali.


Ni chart exercise untuk perut. Lu orang cuba ikut. Tapi harus di ingat, permakanan merupakan faktor penting kecemerlangan latihan lu orang.

Venue hari ni, Gym rakyat KBS.

23/03/2011

Today workout-Back-tricep


Gym, dengan gua dah terlalu sinonim.

Kalau sehari tak pergi, rasa macam tak best. Agaknya kenapa la gua boleh terjebak dalam sukan ni.

Sebab gua suka main gym, bila main gym kita akan nampak kesan usaha kita tu depan mata. Kalau main bola lain, bila main bola baru tau orang tu terror ke tak. Tapi bila main gym, dari jauh orang dah tau, mamat ni tengok dari susuk badan dia mesti main gym.

Latihan hari ni,gua cuba maximizekan gua punya rep. Kalau boleh nak buat berapa banyak yang boleh . adi trainning back dan tricep. Gua cuba dengan berat yang sangat medium dan buat rep yang sangat boleh. Sampai kejang la juga tangan gua tadi.

Ni senarai trainning gua tadi;

  • sit up superset
  • Chin up + Bar dip as warm up
  • Wide-Grip Pull down 3style super set
  • One arm dumbell row
  • Dumbell bent over row
  • Bent Over laterall raise
  • Machine laterall raise
  • barbell bent over row
Tricep workout:
  • Tricep pushdown
  • Overhead tricep extension by machine
Venue hari ni, gym rakyat KBS.

22/03/2011

Today workout- Chest


Lelaki ni kene tegap, kena macho..

Bukan ape..kalau tegap dan macho pakai selekeh pun takpe. Nampak cool je kan. Cuba lelaki gemuk boroi, mesti orang kate, dah la gemuk, boroi, selekeh plak tu. Haha, bunyi macam mengejek. Tapi tu hakikatkan. Manusia ni suka pada yang cantik je.

Tapi kengkadang, ade pompuan suka pada yang chubby. Tapi serius gua cakap, kalau chubby pun die mesti berketerampilan smart, baru orang minat.

Bukan maksud gua, badan tegap tu tak payah smart2. Kene juga, pokoknya biarlah kita cantik luar dan dalam. Biar baju tu murah, tapi bila pakai je nampak smart. Sebab susuk badan kita cantik. Baju tu cuma 10% je pengaruh impression orang.

Hari ni trainning gua chest workout...
  • sit up supert set
  • chin up
  • Bench press machine
  • Dumbell bench press
  • Bar dip
  • Incline bench press
  • Dumbell incline press
  • Decline bench press
  • Machine pull chest press
  • Dumbell bench press 
  • Pull  over
  • Chest machine fly
Venue, Gym rakyat KBS.

21/03/2011

Today workout-Shoulder


Gua tak makan Careatine?

Yup, selama gua main gym belum pernah gua makan sekali pun benda tu. Actually, gua cuma pernah makan whey protein dan juga Lipo 6, dan lipo x.

Kenapa?

Masa tahun 2001 gua mula main gym. masa tu form 4. Gua hanya train cara main gym untuk beginner. Selama 6 bulan gua main gym. May be masa tu gua budak lagi, badan baru bentuk sikit dah stop. Lepas gua masuk belajar kat kolej, gua masuk gym balik.Kire hampir setahun masa tu gua skip.

Ingat lagi , top gym di pandan. Masa tu baru gua di ajar main part by part. Masa tu badan gua dah start berisi. Isi lemak. Bila trainning kat gym pandan tu, baru la badan jadi bentuk sikit. Tak lama juga main kat situ. Dalam setahun je. Lepas tu stop lagi.

Gua stop hampir 3 tahun. Tahun lepas gua main balik. Masa gua baru start, berat gua masa tu 110kg. Gua train sampai sekarang. Gua start makan lipo 6 x masa bulan puasa tahun lepas. Masa tu baru gua tahu cara main superset.  Awal tahun ni gua makan protein, dan hanya sebulan je gua makan. Sebab gua  stop protein, sebab nak reduce lagi berat gua. Gua hanya makan lipo 6. Dan berta gua sekarang adalah 87kg.

Itu la sejarah gua dengan gym dan makanan tambahan. Gua tak pernah makan careatine. Rasanya lepas ni nak kene ambil la.

Latihan hari ni adalah shoulder workout.
  • Mula dengan sit up super set sebagai warm up
  • Chin up
  • Seated Military Press
  • Behind-neck press
  • Dumbell front press
  • Side laterall press
  • Bent over laterall raise
  • Alternate dumbell press
  • Twist alternate dumbell press
  • Dumbell low-pullesy raise
  • Up-right row
  • wide-grip pull down
Venue harini, gym rakyat KBS.

20/03/2011

Gym sepuas hati-2


Pergi gym lagi...

Nak buat macam mana, gua memang suka main gym. Walaupun sampai sekarang badan gua tak jadi macam sazali samad, tapi gua tetap main gym. Bagi gua tak semua orang main gym untuk jadi body builder. Ada yang datang gym sekadar nak berpeluh.

Tapi gua, datang gym sebab nak bina badan. Samada gua dapat jadi macam sazali samad, itu terpulang pada semangat gua. Tapi gua rasa kalau gua constant main lagi setahun dua, rasanya jadi badan gua macam tu.

Ok latihan gua di sesi kedua untuk hari ahad ni adalah back dan squat.
  • Sit up super set
  • Chin up
  • Lat-pull down behind neck
  • Lat pull down ( front)
  • One arm-dumbell row
  • Dumbell bent-over row
  • T-bar row
  • Squat
  • Leg press
Rasa penat gile tadi. Hampir dua jam juga la gua pump back. Sampai tak larat buat abdominal course untuk penutup.

Venue tadi, gym precint 9.

Gym sepuas hati


Hari ahad, hari yang paling puas untuk main gym.

Gua boleh lepak lame-lame kat gym sebab banyak masa terluang. Seawal 8.30 tadi gua dah mulakan trainning gua. Dalam kepala aim nak main chest dengan bicep. Macam biasa, hari ahad ni biasanya gua antara orang pertama yang buka pintu gym. Dah  macam bapa gua punya pula.

Latihan gua masih dengan superset. Tapi dengan medium weight.

Ok ni latihan gua tadi;
  • sit up supert set
  • chin up
  • Bench press machine
  • Dumbell bench press
  • Bar dip
  • Incline bench press
  • Dumbell incline press
  • Decline bench press
  • Machine pull chest press
  • Dumbell bench press 
  • Pull  over
  • Chest machine fly
  • Bicep machine curl
  • Barbell arm curl
  • Dumbell Arm curl.
Banyak gile gua pump tadi. Maklumla, 2 jam 1/2 kat gym. Banyak la benda boleh buat. Petang ni pukul 3 gua ingat nak ke gym lagi. Rasa macam tak puas lagi.

Sekarang gua rest kejap. Sambil makan sup sayur rebus. Tambah sikit ayam. Segalanya rebus. Minyak langsung gua tak letak. Memang healthy punya makanan. Nasi? tak makan pun. Cukup la setakat protein dan sayuran. Karbohidrat hari ni cuku dengan 2 keping roti gardienear masa breakfest pagi tadi.

Venue tadi, di gym rakyat KBS.

17/03/2011

Today workout- overall


Hari trainning hari yang ke lima dalam minggu ni.

Agak slow sikit latihan hari ni, sebab gua tak buat superset. Sengaja gua cuba buat workout yang biasa. Tapi Gua buat dengan perlahan. Rep pun tak banyak, dalam 10 ke 15 saje. Bezanya, cara gua push, agak perlahan.

Kenapa kaedah ni gua try? Sebab gua nak rasa muscle tu kembang. Sebenarnya kita workout kita ni perlu memberi  kesan pada muscle. Kalau setakat kite pump laju-laju tapi tak rasa, ianya cuma dapat membakar lemak saje. Lebih kurang macam kita buat erobik la. Tapi untuk membesarkan muscle, ia sangat perlu untuk kita tahu tahap mana kesan workout kita pada muscle.

Saja gua ubah sikit latihan hari ni, ya la asyik buat superset je boring juga. Lagipun gua nak buat prep untuk corak permainan gua bulan depan.

Latihan gua hari ni,
  • Behind neck military seated press
  • Military seated press
  • Becnh press
  • Inclin bench press
  • Arm curl by machine
  • tricep push down
  • leg press
Kesemua exercise ni gua buat 6 set, venue hari ni gym rakyat KBS.

16/03/2011

Today workout- smart set


Janggal trainning gua hari ni. Smartset workout.

Macam mana tu. Senang je.Upper workout dan lower workout. Ni cadangan dari shahril member gua kat gym. Smart set bagus untuk reduce berat. Tujuan utama smartset ni adalah untuk membakar kalori dengan lebih banyak.

Camner gua buat? Okay. Gua sempat buat dua course tadi. Course yang pertama gua buat macam ni;
  • bench press
  • squat
  • arm curl
  • sit up
Course yang kedua ;
  • military seated machine press
  • leg press
  • wide grip pull down
  • dumbell curl
Setiap satu course gua buat sebanyak 6 set. Untuk course yang pertama tu, repeatiation cuma 10 ke 12 je. Yang no 2 tu 30 rep gua buat. Sebab course kedua tu gua banyak guna mesin.

Lepas buat semua ni gua ingat nak tambah satu course lagi, tetiba wak ajak gua join mizi trainning kaki.

Bagus teknik wak ni sebenarnya. Ramai yang tak tahu sebenarnya untuk besarkan muscle tak semestinya kita angkat besi berat-berat. Sebenarnya, kita kene pastikan masa workout tu, muscle kite kembang. Macam mana nak bagi kembang, teknik betul. Kalau buat macam ayam serama macam mana nak kembang.

Venue hari ni , gym rakyat KBS.

Tahniah olahragawan negara

Beb gua salut la kat pelumba basikal kita yang dapat anugerah olahragawan negara. Memang dia layak beb dapat anugerah tu tahun ni.

 Tahniah Azizulhasni awang!


Sazali samad pun pernah dapat anugarah tu. So, sukan bina badan negara ni bukan sukan tepian je, banyak negara kita dapat nama dalam sukan ni.

Dari zaman Malek noor sampai la ke Sazali samad.


Semangat gua tengok dorang ni, jap lagi pergi gym nak trainning rajin-rajin la.

15/03/2011

Today workout-Back-tricep


Tukar corak permainan.

Ingat dalam bola sepak je boleh tukar corak permainan, dalam gym pun boleh. Kata orang kena pelbagaikan workout kita. Kalau tidak, badan akan statik camtu je.

Gua tadi main back + dengan tricep. Habis semua coz tu, gua pump chest sambil selang seli dengan buat abdominal. Saja main campur2. Lagipun gua nak reduce weightkan, so tak salah. Yang penting kalori dapat di bakar dengan banyak. Bukan senang nak bakar kalori dengan banyak tau.

Kalender aktiviti persekutuan bina badan Malaysia dah keluar. Saja gua check samada ada tak event selain bina badan. Gua bukan nak masuk bina badan. Gua usha bulan jun ni ada Mr Fitness. Menarik ni. Gua nak join la. Last year gua join. Tapi kalah. Tahun ni andai la tak ada halangan yang melintang, gua nak bawa balik somethin dari tournement tu.

Latihan hari ni;
  • sit up superset
  • Chin up + Bar dip as warm up
  • Wide-Grip Pull down 3style super set
  • One arm dumbell row
  • Dumbell bent over row
  • Bent Over laterall raise
  • Machine laterall raise
  • barbell bent over row
Tricep workout:
  • Tricep pushdown
  • Overhead tricep extension by machine
Venue hari, gym rakyat KBS.

14/03/2011

Today workout- Shoulder + Tricep


Sambil puasa sunat isnin gua workout.

Bukan nak riak or menunnjuk yang gua ni puasa. Cuma ingin gua katakan, takkan terjejas puasa itu kalau main gym. Puasa menjadi satu masalah bagi orang yang sebenarnya malas. Bagi gua, body builder lain gua tak tahula. Puasa sangat baik untuk diet. Lagi pun dapat pahalakan.

Masa bulan ramadhan tahun lepas, gua still tak skip trainning gua. Malah time tu gua baru je belajar cara superset workout.

Sebenarnya yang penting hati. Kalau hati tu dan semangat tu kuat, everythin is can!

Trainning gua hari ni, shoulder dan tricep.
  • Mula dengan sit up super set sebagai warm up
  • Chin up
  • Seated Military Press
  • Behind-neck press
  • Dumbell front press
  • Side laterall press
  • Bent over laterall raise
  • Alternate dumbell press
  • Twist alternate dumbell press
  • Dumbell low-pullesy raise
  • Tricep pushdown
  • Overhead tricep extension by machine
  • Up-right row
  • wide-grip pull down
Venue hari ni, gym rakyat KBS.

Today workout- Chest + bicep


Ni semalam punya story. Ingat nak update malam tadi, tapi dah layan mentor sampai terlupe.

Semalam gua pergi di KBS. Setiap hari ahad, gua memang akan ke gym KBS. Gua akan main gym sampai 3 jam. Puas , boleh buat macam-macam.

Gua jumpa satu kaedah yang menarik untuk workout ni. Gua usha dari blog zaki khan. Ade bodybuilder ni, dia syorkan main 2 minggu pertama dalam sebulan workout  untuk mass. 2 minggu berikutnya untuk cutting. Gua rasa nak try la untuk bulan 4 ni.

Permakanan sangat penting bagi sportmen. Tapi gua bantai je.Cuma jage sikit-sikit. Macam minggu lepas, jumaat sabtu dan ahad, gua makan nasi. Adoi...susah betul nak disiplin dalam permakanan.

Ok, trainning semalam chest dan bicep.
  • Sit up superset
  • chin up
  • bar dip
  • bench press
  • inline bench press
  • Incline dumbell press
  • decline bench press
  • pull over
  • Sit machine fly
  • Alternate dumbell press
  • Twist alternate dumbell press
  • Dumbell low-pullesy raise
  • Sit up super set
Venue, gym rakyat kbs.

10/03/2011

Today workout-Back-tricep


Walaupun gua sakit kat lutut, tapi hari ni gua berjaya gagahkan diri untuk trainning ke gym.

Ayuh, mari ber tepukan kat gua...hahaha..poyo gile la..lantakla, blog gua. Gua je tahu macam mana keadaan trainning masa sakit.

Dah nama gila gym, sakit pun turun trainning juga. Yang penting hati. Masa sakit sekarang ni, gua hanya beri tumpuan pada upper body. Hari ni gua buat back workout. Masih dengan high rep dan superset style. Ada hikmah juga gua rest semalam. Hari ni gua rasa energy membuak-buak. Macam tak penat langsung. Nak kata gua makan banyak, pagi tadi sarapan meggy goreng yang tak sedap.

Deadlift, cuma tu je yang gua tak boleh buat. Ya la sebab ia perlukan kekuatan squat.

Latihan gua hari ni gua gabungkan sikit dengan tricep. Sebab gua cek minggu ni gua kurang buat tricep.
  • sit up superset
  • Chin up + Bar dip as warm up
  • Wide-Grip Pull down 3style super set
  • One arm dumbell row
  • Dumbell bent over row
  • Bent Over laterall raise
  • Machine laterall raise
  • barbell bent over row
Tricep workout:
  • Tricep pushdown
  • Overhead tricep extension by machine
Venue, gym rakyat KBS .

Haruskah gua rest


Gua paling menyirap kalau injured atau demam. Mengacau jadual trainning gua. dah comfirm-comfirm gua tak boleh nak trainning squat minggu ni.

Sepatutntya hari ni gua akan trainning squat dan arm. Dah la semalam kena cuti gym.

Haoyo, kan terkandas trainning gua. Malah program diet gua pun tersekat. Gua baru nak start dengan program smart workout. Nampak gayanya gua kena cari kaedah baru untuk trainnning. Macam mana nak buat kurang guna kaki masa workout?

Tak pe, biar patah kaki ni, gua pasti tidak akan mengalah untuk terus berlatih.

08/03/2011

Today workout-Shoulder


Diet ni penat sebenarnya.

Gua nak angkat besi berat-berat pun tak bermaya. Angkat ringan-ringan je la. Tapi buat high rep.Ramai yang kata, buat apa nak diet, nak buat cut. Gua kurang setuju dengan kata-kata macam tu. Betul kita buat macam tu tak semestinya untuk masuk competition.

Tapi adakah, badan besar dan bulat itu nampak cantik? Tak macam tong drum ke. Awek tengok pun cabut beb. Tu yang belum kawen, yang dah kawin, buat geli bini je.

Gua workout untuk maintain bentuk badan. Gua tak nak buat bagi besar. Nak bagi nampak cantik je. Cukup.

Competition?

Tak terfikir untuk pertandingan bina badan. Tapi competition lain, yes. Cuba lu orang tengok jay cutler ni . Agak-agak mak lisa surihani terima tak mamat ni kalau die masuk meminang anak die?

Trainning gua hari adalah shoulder workout.
  • Mula dengan sit up super set sebagai warm up
  • Chin up
  • Seated Military Press
  • Behind-neck press
  • Dumbell front press
  • Side laterall press
  • Bent over laterall raise
  • Alternate dumbell press
  • Twist alternate dumbell press
  • Dumbell low-pullesy raise
  • Up-right row
  • wide-grip pull down
Venue,gym rakyat KBS.

07/03/2011

Home Gym-smart ser


Home gym.

Gua buat smart workout tadi. Kat rumah sendiri. Gua gunakan apa yang ada. Memandangkan rumah gua ada chin up bar dan dumbell yang sepasang yang setiap satu beratnya 10kg.

So apa gua buat?

Smart set workout ni perlukan 4 jenis exercise je. Satu set buat semua sekali. Smart set ni memerlukan gabungan upper dan lower bodypart exercise. Ha, tu yang menariknya smartworkout ni.

Ni exercisenya:
  • Chin up- upper 
  • Sit up - Lower
  • dumbell arm curl- upper
  • dumbell squat- lower
Inilah exercisenya. Buat 4 ni sekaligus, baru di kira 1 set. So berapa banyak set yang perlu buat, ikut kemampuan lu orang la. Gua buat 6 set tadi. Serius gua cakap, penat gile. Naik menggigil gua punya lutut tadi. Memang peluh habis gua.

Ok, jangan lupa, gua buat kat rumah je. Lu orang pun boleh buat. Gua sekarang ni gua tengah susun jenis lain punya smart workout, tapi basic still upper dan lower.

So, meh gua ajak lu orang pecahkan lemak!

Today workout- Chest


Macam yang pernah gua cakap, minggu ni gua diet dan buat lose weight trainning.

Gua cuba kurangkan pengambilan gula dan juga nasi. Target gua a day without sugar and rice. Amacam boleh bikin tak?

Mesti boleh punya, gantikan apa dengan apa yang patut. Contohnya, gula tu boleh digantikan dengan manisan buah. Nasi pula boleh di gantikan dengan mee atau roti. Kadar pengambilan masih dengan kuatiti yang sedikit. Sebab gua makan 6 kali sehari. Malah kali ni, gua kurangkan protein juga. Gua try seminggu ni. Nanti kita tengok result die.

Trainning gua pula masih mengekalkan dengan superset style dengan high rep. High rep tu payah tau. Bayangkan lu orang buat sit up 60 kali, lepas tu buat 6 set..boleh..lu orang boleh punya.

Latihan hari ni adalah chest workout.
  • Superset sit up
  • Chin up
  • Bench press superset
  • Dumbell press
  • Incline Bench press superset
  • Incline Dumbell Press
  • Decline Bench press superset
  • Pull Over
  • Machine flying chest
  • Hangging leg raise superset (untuk perut)
Gua buat trainning superset ni sampai bulan 3 je. Lipo 6 pun sampai bulan 3. Start bulan 4, gua akan tukar cara latihan. Lebih kepada buat size badan..

Venue, gym rakyat KBS.

06/03/2011

Today workout- back+tricep


Hari ni gua cuba buat straight set. Maknanya gua gabungkan 4 or 3 jenis exercise dalam satu set. Penat tau. Macam nak mati gua rasa tadi.

Fokus gua tadi bahagian back dan juga tricep. Brodband slow la, payah nak upload clip gua main tadi. Takpe nanti gua upload.

Masa dulu, mula-mula gua main gym, gua tak tahu pun bahagian back ni banyak exercise. Gua ingat setakat gayut je. Masa tu gayut pun gua rasa macam nak mampus. Sebenarnya banyak style untuk back workout. Bahagian belakan badan ni sebenarnya banyak lemak terkumpul. Sebab tu kena workout bahagian tu. Sebelum ni gua pun ingat belakang tak payah nak exercise. Janji perut kempis. Rasa tak bawah ketiak lu orang berlemak? Back workout adalah salah satu jalan untuk buang lemak bahagian tu.

Pastu tengah belakang kita pun salah satu tempat lemak berkumpul, sebab tu bila masa gua gemuk dulu, gua rasa macam badan gua ni bongkok. Mula-mula gua ingat tulang gua memang bongkok, tapi rupanya lemak banyak kat situ.

Pasal straigt set tu nanti la gua explain, lagi senang nak explain kalau guna clip.

Ok, gua letak carta back workout untuk rujukan lu orang. Actually kat sidebar gua dah ada. Tapi lu orang selalu terlepas pandang.

Venue hari, gym rakyat KBS.

05/03/2011

Today work out-Overall



Hari ke 5 trainning untuk minggu ni.

Bukan senang nak dapat 5 hari seminggu pergi gym. Minggu ni nampaknya memang puas gua trainning. Hari ni gua workout dari shoulder sampai la ke leg. Maknanya satu badan gua workout. Dari pukul 9.15 sampai 12.15. Tiga jam beb, memang puas.

Tadi masa kat gym, jumpa sharil. Member gym gua la, luorang mana kenal. Banyak juga sembang dengan dia. Pasal style workout. Dia kata, gua kena tukar cara trainning gua kalau nak lebih improve lagi. Gua pikir balik betul juga, nak tukar bentuk badan, kena tukar cara workout dan cara makan. Baru jadi. Jangan tukar angan-angan je .

Smart set.

Tu key word perbualan kami. Macam mana smart set tu? dan apa gunanya?

Smart set ni menggabungkan upper dan lower workout. Pilih 2 jenis exercise untuk upper dan 2 exercise untuk lower, then combine kan. Cuma perlukan 4 set je.

Contohnya, shoulder press+ arm curl untuk upper. Squat dan leg curl untuk lower.  Buat empat exercise ni terus tanpa henti. Maknanya shoulder press+arm curl+squat+leg curl= 1 set. Ulang sehingga 4 set. Jumlah rep pula untuk permulaan baik buat 10 kali je. Kalau dah power baru buat lebih. Berat yang oerlu di ambil hendaklah di tahap medium. Tak ringan sangat dan tak berat sangat.

Ni la smart set. Keberkesanannya adalah cepat menurukan berat badan sambil memaintainkan muscle. Bagus ni.

Next week gua nak try. Tengok, berkesan tak.

Venue trainning tadi, gym rakyat KBS.

03/03/2011

Today workout- Chest + Squat


Hari ni gua dengan sahnye jadi ahli gym rakyat KBS.

Hahah...selama ni gua ahli haram je. Bukan gua tak mau daftar. Tapi nak tengok gym tu establish tak pendaftarannya. Apa yang members dapat selain dari boleh guna gym.  Tengok management dorang dah mula ok. Members dah dapat kad. Pastu program dah banyak.

So why not gua sign in kan. Pendaftaran rm 15 + bulanan rm 30. Bulan pertama kena la bayar rn 45. Murah beb.

Kalau kira, sehari purata rm 1 je. Mana ada gym macam tu. Complete plak tu. Bermakna, gua lepas ni tidak akan jadi ahli gym yang lain. Kalau gua masuk contest pun gua akan mewakili gym rakyat KBS.

Trainning gua hari ni adalah chest dan squat:

Chest workout
  • inline bench press
  • Incline dumbell press
  • decline bench press
Squat workout:

  • Leg curl
  • Squat
  • Machine seated squat
  • Leg Press
Venue hari ni, gym rakyat KBS.

02/03/2011

Today workout-Back

 Ada satu hal yang perlu di setelkan.

Pada suatu hari, gym rakyat KBS dilawati oleh TKSU KBS. Masa tu wak kenalkan gua dengan TKSU tu. Dato' tu cakap, gua lagi besar dari wak.

Muka wak masa tu memang menyirap habis. Tanda tak puas hati. Jadi hari ni kami bertarung sape lagi besar.

Memperkenalkan- Wak!
Ni? kalau luorang tak kenal, melampau la kan,

 Buku bertemu ruas!

 
Sebelum bertanding mesti beramah mesra dengan refree dulu..

The game....!

Malas gua nak cakap, tengok lengan la beb. Ni gua belum diet lagi ni. Kalau diet comfirm lagi kecik lagi rip. Kan betul Dato' tu cakap gua lagi besar. Tengok dah tahu. Haha..ngamuk wak kalau tahu gua post macam ni. 

Lu orang pikir sendiri la sape lagi besar. Actually, hasil tunjuk ajar wak la, badan gua jadi macam ni. Walaupun belum jadi, kira okla dari badan gua gemuk macam giant. Gua sekarang sedang berusaha untuk kecikkan lagi badan. Nak turunkan berat lagi.

Ok trainning gua hari ni, back workout.
  • sit up superset
  • Chin up + Bar dip as warm up
  • Wide-Grip Pull down 3style super set
  • One arm dumbell row
  • Dumbell bent over row
  • Bent Over laterall raise
  • Machine laterall raise
  • barbell bent over row
  • dead lift
Venue, gym rakyat KBS.

01/03/2011

Today workout-Shoulder

Gua nak besarkan lagi badan. Bulan 3 dah mula. Mampukah gua konsisten dari segi workout dan juga jadual permakanan gua. Payah beb. Persoalan yang selalu payah gua nak jawab.

Bulan 5 ada bodybuilder contest. Gua masuk?

Haram beb gua nak masuk. Langgar batas agama tu. Gua workout untuk kepuasan sendiri. Bukan untuk contest.

Tapi, gua akan masuk contest lain. Contohnya arm wresling , tug of war, strongest men dan juga mr fitness. Tu semua adalah game yang halal dari segi agama untuk ahli bina badan. Macam mana beb, aurat lelaki dari pusat sampai lutut. Kalau boleh pakai seluar dari pusat ke lutut boleh join contest bina badan gua akan masuk.

Patutnyakan, kita kat Malaysia ni buat la macam tu kan. Baru la mak bapa tak pandang serong. Pakai je spender ni tren lama la. Zaman arnold susahnakeja boleh la. Cuba paka seluar 3/4, ok juga kan. Boleh juga nampak kepak, shoulder , chest back dan semua part la. Kecuali squat. Tapi kalau 3/4 yang ketat boleh juga nampak squat.

Gua rasa kena ada orang yang ambil perhatian la benda ni.

Macam ni ha, kan sopan.

Actually ni adalah contest WBPF World Physique Sports Championships (2010) kategori Men Fitness. Tu yang dorang pakai macam ni.

Tapi yang pentingnya adalah body berketul-ketul. Kat Malaysia rasanya tak ada cam ni.

Ok, tranning gua hari ni adalah shoulder workout.:

  • Mula dengan sit up super set sebagai warm up
  • Chin up
  • Seated Military Press
  • Behind-neck press
  • Dumbell front press
  • Side laterall press
  • Bent over laterall raise
  • Alternate dumbell press
  • Twist alternate dumbell press
  • Dumbell low-pullesy raise
  • Up-right row
  • wide-grip pull down
Venue , Gym rakyat KBS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

strongest men! are U dare?

click bebanyak cepat