Followers

life mrfeckry

Showing posts with label world cup 2010. Show all posts
Showing posts with label world cup 2010. Show all posts

05/07/2010

Jangan sedih Mara-Dona

Gua tau segala impian dah lebur, segala harapan sudah musnah, segala penat lelah seolah tidak berhasil. Namun itulah harga yang perlu lu bayar Maradona. Lu terlalu angkuh dengan team lu. Benar, lu ada team yang betul-betul ramai star.

Tapi sebab lu angkuh dan berlagak, lu kutuk semua team lain.

Kalau lu lawan team Malaysia, gua pun sanggup berentap dengan lu.

Kesilapan Maradona adalah sebab terlalu yakin dengan berlagak. Dia raa dia yang terhebat. Sehinggakan menginjak-injak team lain.

Dia tak sedar, pasukan lain sedang mengkaji dan study kelemahan pasukan dia. Malah setiap pasukan yang bertarung dengan Argentina, mempunyai semangat yang begitu membara akibat dibakar oleh mulut celupar Maradona.

Lihatlah, rebah segala benteng Argentina. Terkulai layu. Tak terbangkit walau sedikit pun. Lain kali jangan berlagak kuat, ops bukan lu orang yang berlagak tapi lu punya jurulatih yang berlagak dan angkuh.

Tapi gua tetap minat Argentina.

Babai, ni post akhir untuk kem argentina. Dun cry 4 me argentina.

04/07/2010

Lauk masak DONA

Bengang tgahap cipan.

Kekalahan teruk Argentina kat tangan Jerman memang gua tak sangka. Jangan kata gua, mak kiah, kiah pekasam, halimah jongang, dan fatimah juling semuanya tak percaya. Sampai 4-0 kena dengan Jerman.

Gua dah kata blog ni akan stoy pasal England dan argentina. Sebab gua fan dia. Ni dua-dua kalah dengan Jerman.

England kalah 4-1, Argentina kalah 4-0. Siapa lagi teruk, England ke Argentina?

Dua-dua sama, jerman banyak score masa sepruh masa kedua. Dorang macam bernafsu dangan rakus membolosi gawang Argentina. Sampaikan Heguin terpaksa turun bawah tinggalkan Tevez sorang-sorang kat atas.

Nah sekarang sape yang boleh berlari bogel? Maradona ke rakyat Jerman? Mara dona nak sangat bogel berlari di Bounes Aries. Paling gua kelakar, lu orang perasan tak coat yang selalu dia pakai masa game?

Dia tak pernah basuh beb!. Gua ingat argentina suwei la pasal bau busuk coat tu.

Memang sebelum ni gua rasa macam nak angkat Maradona jadi idola, tapi kalau dah kena sampau 4-0 ni jangan kata gua nak angkat, rasa macam nak pijak je maradona tu.

Pergila dia Maradona bogel sorang2.

Dun cry for Me argentina!

02/07/2010

Lineup untuk lawan Jerman esok

Petang tadi gua di jemput untuk memantau sesi latihan kem Argentina. Memandang gua memang support and fan team tu, gua di beri layanan istimewa seperti makan ketupat sotong dan minum air tebu.

Peh memang sedap.

Dengan penuh serius, gua memerhatikan sesi latihan tu. Gua tengok maradona memang seorang sangat komited. Dia tak garang. Lebih kepada sifat terbuka. Boleh di katakan setiap perancangan dan strategi yang di atur, sentiasa di setujui oleh pemain.

Pada gua Argentina dah memang siap sedia. Dorang tgak payah train pun dah boleh menang. Dorang train pun sebab memang dah diorang suka main bola. Kalau petang tak main, memang stone je bebudak player ni.

Disebabkan Jerman memang bukan tandingan team Argentina, lineup untuk game esok telah di tukar 100%.

Tevez, Messi, De maria dan semua star tak akan di turunkan. Mereka akan lepak dengan gua sambil makan kacang dan minum teh o beng pastu main carom kat kedai Teh O beng 70 sen. Kedai tu pun ada buka game lawan Jeman. Maradona pun main carum sekali.

Gua rasa line up kali ni memadai untuk berhadapan dengan team Jerman. Lain la Brazil.

01/07/2010

De Maria diminati Mourinho

Angel De Maria.

Memang Angel la. Kelmarin Maradona ada cakap, " budak Maria ni kalau jual mesti laku. "

Hari ni gua dapat tahu, Real Madrid dah comfirmkan pembeliannya terhadap Angel De Maria. Lu orang kalau tengok Argentina punya game dalam world cup mesti perasan player no 7 team tu. Power mamat ni main. Kalau gelicik bola, siap silang-silang kaki. Kalau tanduk, mesti nak kasi terbang punya badan dia. Kalau ambil freekick, mesti nak melencong gila-gila.

Pasal tu Real Madrid sanggup habiskan duit sebanyak 20 juta. Angel De Maria ni baru berusia 22 tahun. Dan masih bujang lagi.

So kalau ada awek-awek yang nak usha, pi la try. Mana tahu ada nasib.

Gua sangat tertunggu akan rentak mula Real Madrid kali ni. Dah dekat 3, 4 tahun team Real madrid ni haus dan tak dapat capai KPI dorang.

Musim ni Real Madrid akan di kendalikan oleh pengurus yang anggap paling berjaya selain Alex Fegurson dan Maradona. Ops! maradona belum lagi. Kalau dapat menang World Cup baru boleh diiktiraf sebagai berjaya.

Jose Mourinho ni memang bijak. Dalam senyap dia dah beli player ni. Mesti Maradona yang call die soh beli mamat ni.

Agak-agak player hengland ada team nak beli tak?

Lagi senapang patah

Bastian Schweinsteiger

Satu lagi peluru berpandu yang ada cop hitler. Bastian Schweinsteiger ni adalah salah seorang pemain handalan Jerman. Mamat ni mempenyai kemahiran rembatan jauh yang sangat berkuasa tinggi.

Ianya terbukti apa bila beliau telah mempunyai rekod di dalam perlawanan bersama kelab yang di wakilinya iaitu Beyern Munich. Namun begitu, ketika mewakili Jerman pada piala dunia kali ni dia gagal membuat rembatan jauh yang berkuasa tingginya. Ini kerana taktikal jerman kali ini adalah sangat berbeza dengan taktikal yang biasa Bastian Schweinsteiger main ketika di Bayern.

Ketika Bastian Schweinsteiger sedang bertungkus lumus bermain di padang, ada seorang awek yang sedang memerhatikannya dengan penuh romantik. Malah telah di siapkan sekali dua cawan air setan untuk Bastian Schweinsteiger minum.

Peliknya bila masa Bastian Schweinsteiger tu nak minum. Kan dia tengah sibuk main bola.

Gua masih menyiasat nama awek ni. Kemungkinan besar bukan aloyah atau jenab. Namun sebenarnya awek ini adalah semangat untuk Bastian Schweinsteiger beraksi cemerlang. Gua dah call maradona, kasi block ini awek masa lawan jerman.

Comfirm jentera bahagian tengah Jerman kantoi.


Lu orang tanya siapa awek ni? Takkan maid Bastian Schweinsteiger kat rumah kot. Agak-agak la. Kalau maid macam ni, bini dia pula macam mana.

Gua tengok muka Bastian Schweinsteiger macam bill clinton la. Kan? kan?

30/06/2010

Kenapa Messi?

Hampir setiap hari media melaporkan pasukan Jerman sedang mengawasi Messi. Dorang kalau boleh nak tengok apa Messi buat dalam masa 24 jam.

Pasukan Jerman di gembar-gemburkan sangat cuak dengan Messi. Ini kerana Messi bagaikan malaikat maut mereka di Piala Dunia. Sehinggakan mereka merancang untuk membuat kepungan terhadap Messi.

Pelikkan. Memang la Messi tu handal. Tapi bukan Messi sahaja yang handal. Argentina kali ni boleh dikatakan sempurna.


Paling mengejutkan, ada juga bookie sedang merancang untuk menembak messi dari jauh. Beberapa penembak teapt sedang berlatih di padang sasar di afrika. Mereka sedang berlatih menembak harimau, singa, dan juga beruang kutub.

Gambar di atas adalah merupakan salah seorang penembak yang sedang dalam sesi pemilihan. Gua rasa dia dapat ni. Dengan pose yang mengancam macam ni takkan la bookie-bookie tu tolak.

Luka berdarah England

Berita England tewas pasti dah jelak orang dengar. Tapi ada sesuatu yang menarik. England kali blah dari Piala Dunia dengan meruah yang gila-gila punya teruk. Dah comfirm kesannya terpalit kat EPL yang kita selalu tengok.

Kan EPL tu liga yang paling di minati di Malaysia. Survey ni gua sendiri yang buat dulu. Asal malam minggu je, mapley seluruh Malaysia mesti penuh sebab nak layan EPL.

So apa akan jadi dengan EPL. Gua beranggapan, EPL pasti tak tergugat. Cuma yang tergugat adalah pemain-pemain England.

Di sebabkan performance dorang yang memang mengecewakan, dah tentu akan mengakibatkan reputasi mereka di kelab tercalar. Comfrim berdarah punyalah. Lu orang ingat value Garreth Barry akan naik ke?

Comfirm jatuh.

Lampard, silap-silap chelsea akan jual. Rooney, ferguson mesti tengah scout player lain untuk dijadikan pelapis dia.

Itu la besarnya harga piala dunia. Sebesar harga diri mereka. Tengok si Capello sekarang, sedang sebuk di hina oleh rakyat England.

29/06/2010

Belengu England

Cerita England sebelum dan selepas memang banyak. Ferdinand sampai hari ni dia tak percaya yang dia tak dapat main bola untuk England. Baik-baik dia dapat jadi Kapten, tetiba lutut pula injured.

Mau tak bengang mamat ni. Rasanya dia dah patut lupakan World Cup. Ya la kalau tunggu 4 tahun lagi comfirm mamat ni dah tua. Kalau dia macam Blanco Mexico tak apa la juga. Tapi gua rasa dia pun sendiri tak nak main. Sebab memang dah camtu trend palyer England.


Setiap kali World Cup England mesti ada drama. Epsiod drama world cup yang lalu adalah kisah kaptennya David Bechkam yang dengan teresak-esak menangis meletakkan jawatan Dia dengan sendiri menyalahkan dirinya kerana gagal mengetuai England menjurai World Cup masa tu.

Dia cakap dia buat. Memang beckham lepaskan jawatan kapten masa tu.

Tapi episod kali ni pasal Capello, gua rasa di masih mempunyai muka yang tebal. Kegagalannya pada World Cup kali boleh disifatkan sangat teruk.

Akibat perangai bodoh sombong tidak mahu bertoleransi dengan pemain tentang taktikal membuatkan England pincang macam tak ada perancangan. Episod pergaduhan dengan Terry seperti mencurah minyak ke dalam api.

Capello menerima 1.8 juta euro sebulan sebagai gajinya melatih England. Tapi apa dia bikin. Hanya pandai canang yang England bakal juarai piala dunia. Peliknya dia tak pula rasa nak letak jawatan macam beckham.

Malu kot...

Messi VS Klose

Messi, siapa yang tak kenal. Kelincahan di padang bagaikan seekor harimau bintang di padang safari yang sedang berlari kencang. Kehandalannya membawa bola selalu di geruni oleh pihak lawan.

Piala Dunia kali ini, berlaku beberapa kali cuba ingin mematahkan kaki messi telah dilakukan oleh musuh-mush argentina. Namun kesemuanya menemui jalan buntu

Sehandal-handal Messi, ada juga kelemahannya. Messi di katakan pernah kantoi oleh De Maria . Menurut rakan sepasukannya itu, Messi ni dalam hati ada taman. Kat padang je nampak terror main bola. Tapi dengan awek punya la cuak.

Messi pernah kantoi streka kain dalam aweknya di kem latihan. De Maria rakan sepasukan yang nampak.

Podolski. Lain pula ceritanya. Walaupun tidak sehandal Messi. Namun dia sangat gagah bila bersama teman wanitanya.

Pernah satu ketika wartawan Jerman mengatakan, Podolski pernah memarahi aweknya kerana lambat ambil tisu. Sebab tu kalu lu orang tengok muka awek podolski cam jenis baik je . Sopan je bila dengan balaknya tu.

Namun bukan itu jadi pertaruhan 3 julai ini. Kedua-dua bintang bola sepak ini akan berentap bagi merebut tempat di ke sepruh akhir Piala Dunia. Perlawanan Argentina dan Jerman bukan calang-calang game, kerana kedua-dua pasukan boleh dikatakan seimbang.

Tapi awek siapa yang lagi lawa?

28/06/2010

Argentina penuhi citarasa


Pasukan argentina terus mara dan mara. Kekuatan pasukan maradona ni macam tak ada lagi kelemahan. Pantang main bola, mestia dorang menang.

Argentina menang 3-1 semalam dengan Mexico. Gua semakin tak nak tengok Argentina masuk final. Kalau boleh nak tengok dia jumpa dengan Barzil. Kalau jadi, memang memorable final la World Cup kali ni.

Carlos Tevez, semalam memang dia punya game la. Sampai dua gol mamat ni sumbat. Gua dah kata, Mexico kena jaga tevez. Kalau di kenang balik, ruginya Man United lepaskan Tevez dulu. Dia memang pasangan mantap dengan Rooney.

Maradona, memang dia adalah orang paling hangat. Sebab sebelum ni, semua orang kutuk dia tak boleh jadi manager. Macam-macam orang kata. Tapi gua yakin Maradona adalah orang yang paling berjaya di World Cup kali ni.

Gua respect! Memang layak di gelar lagenda!


Awek argentina memang suka macam ni ek. Dia ni berbaju ke tidak hah? Gua harap Maradona kalau menang World Cup buat macam awek ni dah la.

Tak payah obvious sangat. Malu anak bini nanti.

Babai England

England kena belasah 1-4 dengan Jeraman

Perlawanan semalam antara Jerman dan England membuat gua rasa cam hawau je. Game tu memang game England. Dari segi penguasaan permainan, gua memang salut kat England. Tapi mungkin sebab terlalu ghairah mengattack kubu Jerman, England sampai lupa nak jaga serangan balas Jerman.

David James malam tadi terbukti yang dia memang tak cekap. Comfident level yang sangat renah dan tak boleh pakai.

Kebanyakkan bola yang dia bolos hasil dari ketidak beranian untuk masuk 1 by 1 dengan striker jerman. Patutnya dia dah bewar semua tu. Dia dah panggil defend supaya marking tight dan turun untuk cover belah bawah.

John Terry nyata terlalu tidak menyerlah semalam. Benteng pertahanan England memang macam sayur.

Apa-pun nak cakap, kat paper dah tulis banyak. Tapi gua kecewa dengan permainan England World Cup kali ni. Capello tu memang bengap. Berkokok bagai dia la manager tebaik dunia. Gaji nak yang paling mahal.

Tapi hampeh!

25/06/2010

MaraDona rasa dirinya hebat

Maradona, seorang lagenda bola sepak dunia. Pencapaian yang mengagum seluruh arena bola sepak dunia telah mengankat nama beliau menjadi seorang lagenda.

Kelincahan dan kehandalan Maradona semasa menjadi pemain kebangsaan mahupun kelab menerobosi benteng pasukan lawannya telah di wartakan menjadi sejarah ulung bola sepak. Tidak hairanlah jika dia mahu mengatakan dirinya adalah yang terhebat. Maradona sendiri telah baberapa kali membantu pasukan kebangsaannya menjulang Piala Dunia.

Kalau kat Malaysia ni, emang dah layak dapat pangkat Tun.

Salah satu sejarah Maradona yang dikenang hingga kini adalah jaringan melalui tangan. Sehingga beliau di beri gelaran God Of Hand Goal. Dia memang mencipta sejarah. Kerana itu adalah aksi pertama.

Sejarah jaringan melalui tangan ini telah di ulangi oleh kembali oleh Henry ketika perlawanan peringkat kelayakan pasukan Perancis.
Kini Maradona kembali beraksi di Piala Dunia. Tahun 2010 adalah kebangkitan Maradona apabila setelah sekian lama beliau meninggalkan aksi arena bola sepak. Kemunculan beliau kali ini bukan sebagai pemain, tetapi sebagai seorang pengurus pasukan Argentina.

Ketika menggalas tugasan besar ini, beliau telah dikritik teruk pada awalnya. Beliau juga tidak terlepas dari kritikan pedas dari seorang lagi legenda bola sepak iaitu Pele.

Pele mengatakan Maradona seorang pemain bola sepak yang hebat, namun dia bukan seorang pengurus bola sepak yang hebat.

Namun setelah mulanya kempen Piala dunia 2010, prestasi pasukan bimbingan maradona, boleh dikatakan adalah sangat gagah dan sempurna. Jika argentina berjaya menjuarai Piala Dunia kali ini, nama maradona pasti akan melonjak lagi.

Kegilaan peminat Maradona kali ini rasanya lebih dari ketika beliau menjadi pemain. Sehinggakan patung mesiah (Jesuss) sendiri telah di gantikan dengan patung Maradona. Tengok betapa gilanya kafir laknatullah. Kalau minat, sampai taksub. Sehingga anggap jadi tuhan.

Tu belum lagi Maradona mati. Agaknya orang kristian akan bina kuil Maradona.

Masih ingat lagi arah supermokh!

Ya pada gua arwah adalah lagenda bola sepak Malaysia. Jika arwah Mokhtar Dahari masih ada, sudah pastinya beliau akan memimpin pasukan bola sepak Malaysia ke persada dunia.

Al-fatiha untuk Allahyarham Mokhtar Dahari.

24/06/2010

Persediaan Berjerman

Perlawanan selepas ni akan menyaksikan pertemuan dua gergasi eropah di mana pasukan England telah di nasibkan bertemu dengan pasukan Jerman. Kekuatan kedua-dua pasukan sepatutnya setara.

Namun, kepincangan rentak permainan England seolah memberi kegusaran yang mendalam seluruh peminat pasukan The Three Lion.

Kekuatan England berdasarkan 3 perlawanan yang lepas, jelas sekali hanya pada barisan benteng pertahanan yang kukuh. Cuba leihat di gambar atas. Bagai mana si Terry bermatian untuk mempertahankan pintu gol. Sampai sanggup buat gaya terjunan papan anjal tu.

Jerman kena cari strategi untuk tembus pertahanan England.

Perasan tak masa game England lawan dengan Solvania semalam, capello telah mengeluarkan Rooney di minit ke 72. Gua pelik masa tu kenapa Capello buat macam tu.

Tapi hasil risikan dari pasukan X11, baru gua tahu jawapannya. Rooney mengalami kecederaan di bahagian buku lali. Kecederaan tu kira agak serius juga. Sebab tu lu orang perasan rooney macam tak menyerlah.

Dari sini, gua dapat lihat bahagian serangan England tampak seperti goyah. Jika Rooney tidak diturunkan, England seolah tidak ada penyerang yang boleh meledakkan gol lawan. Rooney di geruni dengan rembatan kencang yang tepat.

Capello perlu mengubah taktikal serang. Rasanya orang yang paling arif untuk taktikal serangan adalah alex fegurson. Sir Alex dah biasa dengan masalah rooney injured. Tanpa Rooney, Alex fegurson mampu beri kemenangan buat Man Utd.

Pagi tadi gua di kejutkan oleh mesej Pak Maidin. Dia kata," gua kena pergi Afrika selatan. Kene urut kaki Rooney.

David James, antara pemain England yng paling di beri harapan. Posisi penjaga gol England utama kembali ke tangan James apabila Grenn telah melakukan kesilapan besar apabila tidak menangkap dengan kemas bola Jabulani dari rembatan pemain Algeria.

Akibat dari kesilapan itu, Capello dah tak percaya pada Green. James jadi pilihan Capello sebab mamat ni ada pengalaman besar dalam mengendalikan tugasan penjaga gol England.

Jika di lihat prestasi James di dalam dua perlawanan peringkat kumpulan ini, James nyata tidak pernah gagal. Clean sheet yang berjaya di capainya seolah memperkuatkan lagi kepercayaan capello terhadapnya untuk menjadi benteng terakhir England.

Bertemu dengan Jerman bukan mudah seperti di jangka. James perlu memerhatikan Klose yang bakal di turunkan nanti. Klose merupakan penanduk terbaik Jerman yang mampu menanduk bola ke arah jaring gol walau di mana dia berdiri.

Jerman juga mempunyai Podolski yang berkebolehan seperti Rooney. Jadi tugas nyata lebih sukar di perlawanan dengan Jerman nanti.

England Selamat!


Jermain Defoe.

Itulh nama penyelamat pasukan England dan juga jurulatih gaji termahal di dunia, Fabio Capello. Defoe menjadi penjaring gol tunggal semalam apabila beliau berjaya meldakkan jaring gol Solvenia pada minit ke 23.

Kemenangan England semalam telah melonjakkan mereka ke tempat kedua di dalam Group C. Gua yakin wira England itu telah di puji-puji hingga melambug oleh rakan sepasukannya.

England hanya terselamat dari tersingkir ke pusingan kedua. Tapi apakah nasib mereka di pusingan ke dua nanti? Takkan setakat layak lepas tu boleh bungkus.Capello harus pertimbangkan perkara ini. Kalau di lihat corak permainan yang masih kurang agresif, rasanya pengurus gaji termahal ini tidak akan lari dari di kritik lagi.

Gua mengahrapkan Capello membuat ulangkaji dengan taktikal yang digunakan sekaran. Lepas ni tidak boleh mengharapkan seri je.

Defoe pastinya orang paling gembira, semalam apabila di temuramah beliau hanya menjawab," saya nak balik cepat nak jumpa wanita saya saya cintai."

23/06/2010

Berduka England


Tuah.

David Beckham, bekas kapten England ini seorang yang membawa tuah. Namun kariernya di Piala Dunia yang lalu tidak begitu menyerlah. Namun rekod England yang lalu adalah lebih hebat dari Piala Dunia 2010.

Aksi longlai yang begitu membosankan telah membuat gua tertidur ketika menonton perlawanan pasukan England. Dulu kalau tengok game England, mata gua memang cerah. Tambah-tambah pula bila Beckham ambil freekick.

England perlu seorang pemain seperti Beckham. Seorang pemain yang bertaraf bintang penuh. Bukan satak permainan bolanya, tapi gaya dan cara hidupnya juga menjadi iagauan setiap peminat.

Nampak benar, ketiadaan Beckham selaku pemain tengah, England bagaikan lebik macam kentang lenyek.

Mungkin Beckham tidak handal. Namun kehadirannya seperti memberi semangat yang berjaya membuatkan pasukannya bangkit dari kekalahan.

Malam ini pertemuan dengan Solvania bagaiakan menghitung nyawa Capello. Hanya satu pilihan saja yang ada pada The Three Lion, iaitu menang. Namun Capello bijak keran memulakan serangan psykolgi dengan mengatakan dia begitu yakin yang England akan jurai World Cup tahun ini.

Gua harap England tak jadi macam France je.

Go Argentina

Argentina dah layak ke pusingan seterusnya. Gua dengan yakin mengatakan pasukan feberet gua ni akan ke final.

Final World Cup tahun ni akan lebih menarik kalau Argentina jumpa dengan Brazil.

Andai kalau dorang jumpa, gua akan buat nasi dagang untuk kita makan sama-sama menonton final tu. Ok sekarang gua letak juga statistik game pagi tadi. Terkejut juga gua dengan corak permainan M.Palermo. Gua ingat dia dah tak boleh main da.

Gua masih teringat lagi masa copa america dulu. Tahun berapa gua tak ingat. Tahun 1999 kot. Masa tu Martin Palermo di kritik bagai nak gila sebab ambil penalti sebanyak 3 kali tapi semua tak masuk.

Agak terkejut juga Maradona menaruh kepercayaan pada dia.

Messi pagi tadi telah mencipta sejarah apabila menjadi Kapten pasukan yang termuda. Wa respect la sama lu.

22/06/2010

Jersey Cap ayam


Gua perati jersey maradona ni, ada sesuatu yang menarik pandangan gua. Team ni ada lambang cap ayam.

Menjadi persoalan kat fikiran gua, adakah jenama cap ayam yang menaja argentina time 1986 punya world cup dulu?

Get ready game Argenitina dengan Grecce pagi ni..

Pemberontak


Ramai yang tak puas hati dengan Capello mengurus pasukan England. Termasuk la gua. Paling gua tak puas hati adalah barisan pemain England . Tapi apa nak buat. Capello tu coach, gua ni cuma peminat pasukan England saja.

Memang jauh pangga dari api.

Semalam, John terry dan juga kroninya dah tak boleh tahan dengan Capello. Dia telah menganjurkan satu pemberontakkan kecil-kecilan. Satu memorandum dah di buat bagi Capello terbeliak mata baca.

Ceh, dah macam reformasi plak.

John Terry dan gangnya, sebenarnya tak puas hati dengan taktikal yang digunakan oleh Capello. Dia nak tukar kepada 4-5-1. Formasi ni akan lebihkan kepada penguasaan di bahagian tengah.

Tapi, dengar cerita Capello tak layan pemberontakan tu. Memang Capello ni diktator. Mampus kalah le England game pasni.

19/06/2010

Apa masalah pasal jabulani


Banyak orang cakap pasal bola World Cup ni. Baru 5 minit lepas gua layan game Ghana dengan Autralia. Keeper Ghana bolos gol freekick. Dia gagal tangkap bola yang senang. Gua teringat si Green keeper England . Dia pun fumble gak tangkap bola jabulani ni dengan kemas.

Petang tadi gua baca paper. Capello complain pasal bola. Katanya bola terlalu ringan. Bukan Capello je yang complen, si Maradona pun komplen juga.

Menurut kata adidas sebagai pengeluar bola jabulani, mereka telah beri masa sebulan untuk setiap pasukan bermesra dengan bola baru. Bola ni adalah hasil buatan teknologi yang sangat tinggi.

Gua tengah usha kat Johnesrberg. Mana tau gua dapat sebat sebiji jabulani. Boleh gua main kat padang belakang rumah.

Orang paling layak berlagak


Jangan salahkan dia jika dia berlagak. Maradona memang patut berlagak. Sebab itu adalah hak seorang jaguh.

Walaupun Maradona asyik kena kutuk dengan Pele dan Palatini, dia buat bodoh je. Dengan selambanya dia boleh maki balik Pele dengan Palatini," Lu orang baik masuk Muzium jadi patung sejarah je.

Kemenangan Argentina dengan Korea kelmarin telah membuatkan musuh-musuh beliau makin meluat dan menyampah dengan Maradona. Maklumlah, Maradona dah janji dia akan berbogel di tengah jalan kalau Argentina.

Luorang perhatikan player argentina nama De Maria, game dia superb beb!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

strongest men! are U dare?

click bebanyak cepat