Followers

24/06/2010

Persediaan Berjerman

Perlawanan selepas ni akan menyaksikan pertemuan dua gergasi eropah di mana pasukan England telah di nasibkan bertemu dengan pasukan Jerman. Kekuatan kedua-dua pasukan sepatutnya setara.

Namun, kepincangan rentak permainan England seolah memberi kegusaran yang mendalam seluruh peminat pasukan The Three Lion.

Kekuatan England berdasarkan 3 perlawanan yang lepas, jelas sekali hanya pada barisan benteng pertahanan yang kukuh. Cuba leihat di gambar atas. Bagai mana si Terry bermatian untuk mempertahankan pintu gol. Sampai sanggup buat gaya terjunan papan anjal tu.

Jerman kena cari strategi untuk tembus pertahanan England.

Perasan tak masa game England lawan dengan Solvania semalam, capello telah mengeluarkan Rooney di minit ke 72. Gua pelik masa tu kenapa Capello buat macam tu.

Tapi hasil risikan dari pasukan X11, baru gua tahu jawapannya. Rooney mengalami kecederaan di bahagian buku lali. Kecederaan tu kira agak serius juga. Sebab tu lu orang perasan rooney macam tak menyerlah.

Dari sini, gua dapat lihat bahagian serangan England tampak seperti goyah. Jika Rooney tidak diturunkan, England seolah tidak ada penyerang yang boleh meledakkan gol lawan. Rooney di geruni dengan rembatan kencang yang tepat.

Capello perlu mengubah taktikal serang. Rasanya orang yang paling arif untuk taktikal serangan adalah alex fegurson. Sir Alex dah biasa dengan masalah rooney injured. Tanpa Rooney, Alex fegurson mampu beri kemenangan buat Man Utd.

Pagi tadi gua di kejutkan oleh mesej Pak Maidin. Dia kata," gua kena pergi Afrika selatan. Kene urut kaki Rooney.

David James, antara pemain England yng paling di beri harapan. Posisi penjaga gol England utama kembali ke tangan James apabila Grenn telah melakukan kesilapan besar apabila tidak menangkap dengan kemas bola Jabulani dari rembatan pemain Algeria.

Akibat dari kesilapan itu, Capello dah tak percaya pada Green. James jadi pilihan Capello sebab mamat ni ada pengalaman besar dalam mengendalikan tugasan penjaga gol England.

Jika di lihat prestasi James di dalam dua perlawanan peringkat kumpulan ini, James nyata tidak pernah gagal. Clean sheet yang berjaya di capainya seolah memperkuatkan lagi kepercayaan capello terhadapnya untuk menjadi benteng terakhir England.

Bertemu dengan Jerman bukan mudah seperti di jangka. James perlu memerhatikan Klose yang bakal di turunkan nanti. Klose merupakan penanduk terbaik Jerman yang mampu menanduk bola ke arah jaring gol walau di mana dia berdiri.

Jerman juga mempunyai Podolski yang berkebolehan seperti Rooney. Jadi tugas nyata lebih sukar di perlawanan dengan Jerman nanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

strongest men! are U dare?

click bebanyak cepat