
Kelincahan dan kehandalan Maradona semasa menjadi pemain kebangsaan mahupun kelab menerobosi benteng pasukan lawannya telah di wartakan menjadi sejarah ulung bola sepak. Tidak hairanlah jika dia mahu mengatakan dirinya adalah yang terhebat. Maradona sendiri telah baberapa kali membantu pasukan kebangsaannya menjulang Piala Dunia.
Kalau kat Malaysia ni, emang dah layak dapat pangkat Tun.

Sejarah jaringan melalui tangan ini telah di ulangi oleh kembali oleh Henry ketika perlawanan peringkat kelayakan pasukan Perancis.

Ketika menggalas tugasan besar ini, beliau telah dikritik teruk pada awalnya. Beliau juga tidak terlepas dari kritikan pedas dari seorang lagi legenda bola sepak iaitu Pele.
Pele mengatakan Maradona seorang pemain bola sepak yang hebat, namun dia bukan seorang pengurus bola sepak yang hebat.
Namun setelah mulanya kempen Piala dunia 2010, prestasi pasukan bimbingan maradona, boleh dikatakan adalah sangat gagah dan sempurna. Jika argentina berjaya menjuarai Piala Dunia kali ini, nama maradona pasti akan melonjak lagi.

Tu belum lagi Maradona mati. Agaknya orang kristian akan bina kuil Maradona.

Ya pada gua arwah adalah lagenda bola sepak Malaysia. Jika arwah Mokhtar Dahari masih ada, sudah pastinya beliau akan memimpin pasukan bola sepak Malaysia ke persada dunia.
Al-fatiha untuk Allahyarham Mokhtar Dahari.
No comments:
Post a Comment