Followers

life mrfeckry

03/11/2010

Today workout- back


Ni semalam punya trainning.

Semalam gua tak sempat nak update jadual trainning gua. Maklumlah bizi sikit kat office ni. Trainning semalam tertumpu pada bahagian back. Latihan back ni gua mbil masa hampir 2 jam. Biasala kalau gua pergi gym petang, memang lama sikit.

Actually bukan setiap saat gua workout. Campur dengan borak, lepak pastu kacau-kacau orang lain memang la sampai dua jam. Gua kurang sikit fokus kalau workout masa petang.

Ok, kadang-kadang selalu juga gua dengar ada orang nak badan macam Sazali samad, malek noor atau ronnie colemen.

Satu gua nak tanya, " sanggup tak main gym sampai 2, 3 jam?"

Kalau tak sanggup, jangan mimpi nak jadi macam tu. Biasanya bodybuilder workout sampai 4 jam! Ni kita setakat sejam dah rasa macam malas nak workout, menguap la, ngantuk la, letih la.

Betul, memang ada kaedah workout kejap-kejap je. Tapi itu hanya untuk maintain body je. Kalau nak ubah bentuk badan dari gemuk ke kurus or dari kurus jadi sasa perlu ada pengorbanan yang jitu.

Main besi kena disiplin, pastu makan kena jaga. Kena belajar cara main besi betul-betul. Paling penting kena korban masa. Ini tidak, main gym seminggu 3 kali ada hati nak jadi macam Malek noor.

Gua sendiri main gym sehari dua kali, seminggu 6 hari gua main. Cuma sehari gua rest. Sebab, gua nak ubah bentuk badan.

Setakat ni gua puas hati sebab dari berat gua 110kg sekarang dah turun sampai 90kg. Pinggang dari 42 sekarang dah 34. Sekarang gua nak buat ripped. So banyak lagi pengorbanan gua kena buat.

Satu tagline yang sifu gua bagi, "bukan senang nak jadi bodybuilder."

1 comment:

Anonymous said...

Hоωdy, Τhere's no doubt that your blog might be having internet browser compatibility issues. When I look at your blog in Safari, it looks fine but when opening in I.E., it's gοt sоme ovеrlapping issues.
I sіmply wanted tο proѵide you with a quick heads
up! Apагt from thаt, grеat site!



mу web sіte ... gaѕtriс bypass diet - http://fitnessvictory.com -

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

strongest men! are U dare?

click bebanyak cepat