Followers

life mrfeckry

25/01/2011

Today work out- back


Semalam gua dah pasal chin up punya bar dekat rumah gua. So, boleh la pagi-pagi kat rumah gua buat chin up.

Memang dah lama gua teringin nak buat benda tu. Kalau dulu gua suka gayut kat grill besi je, sekarang dah tak payah. Gua beli je chin up bar tu. Memang mahal. Tapi tak la sampai seratus. Kalau nak buat sendiri, memang tak berbaloi. Melainkan kalau guna bahan terbuang.

Hari ni trainning gua tertumpu pada back workout. Ni senarai trainningnya.
  • sit up superset
  • Chin up + Bar dip as warm up
  • Wide-Grip Pull down 3style super set
  • One arm dumbell row
  • Dumbell bent over row
  • Bent Over laterall raise
  • Machine laterall raise
  • barbell bent over row
  • dead lift
Petang gua train traik tali. Lebih kurang macam trainning back juga. Tapi dah lama tak tarik tali, tapak tangan ni rasa tak best pula.

24/01/2011

Gym dekat rumah sepang

Azhar, bodybuilder yang pertama gua jumpa dan bagi gua inspirasi untuk serius dalam gym.

Malam ni gua usha gym kat kota Warisan.

Alang-alang usha, gua join main sekali. Tapi walk-in je. Pasal gua malas nak jadi ahli. Cukup je la sekadar ahli haram kat gym KBS tu. Barang kat gym tu ok. Gua rasa cukup untuk bina badan. Protein pun banyak dorang jual. Tapi kalau bukan members harga ada mark-up sikit la.

Ruang dia pun ok. Lot rumah kedah. Pada gua gym tu cukup barangnya. Cuma ruang je sempit sikit kalau ramai orang. Gua lupa nama gym tu, sebab kat luar dorang tulis nama gym tu botak gym. Tapi dalam dorang punya logo jaws gym pula.

Lepas ni kalau gua tak sempat nak main kat KBS, gua boleh layan besi kat kota warisan pula. Tadi sempat gua main shoulder plus dengan tricep.

Venue, gym kota warisan.

Today workout- Chest


Sejak dua menjak tiga menjak lepas kahwein ni, kegiatan gym gua terasa amat terhad. Pasal diet? Jangan cakap la, paling lama bertahan sampai separuh hari je.

Minggu lepas, gua sempat pergi gym 3 kali je. Minggu ni gua target nak pergi paling kurang 4 kali.

Gua baru pindah rumah. Semalam gua pusing-pusing kat area rumah kedai dekat dengan rumah gua, sekali ternampat da..gym... Terus gua rasa cam bersemangat je. Ye la, kalau tak sempat main gym kat office, balik kat rumah boleh qada'.

Hari ni gua trainning chest. Macam biasa rutin hari isnin dan gua masih tumpu guna superset style.

Ni trainning gua tadi.
  • bench press
  • inline bench press
  • Incline dumbell press
  • decline bench press
  • pull over
  • Sit machine fly
  • Sit up super set
Venue, gym rakyat KBS.

18/01/2011

Today workout - Shoulder

 Shoulder workout.

Tu jadual gua hari ni. Trainning mengikut superset. Wak suruh gua diet. Kalau badan ok lepas diet nanti ingat nak try masuk contest. Peh, gua masuk contest bina badan? Sesuatu yang gua rasa agak musykil. Boleh ke? Kalau gua masuk pun , gua rasa senyap-senyap la.

Gua rasa nak start diet besok. Gua try kurangkan minyak dan juga gula. Untuk langkah pertama, gua akan makan meal yang berminyak dan minuman bergula, sehari sekali. Actually boleh, tapi kesian pula kat wife gua untuk fikirkan apa yang nak masak nanti.

Ni jadual trainning gua,
Shoulder workout:
  • Mula dengan sit up super set sebagai warm up
  • Chin up
  • Seated Military Press
  • Behind-neck press
  • Dumbell front press
  • Side laterall press
  • Bent over laterall raise
  • Alternate dumbell press
  • Twist alternate dumbell press
  • Dumbell low-pullesy raise
  • Up-right row
  • wide-grip pull down
Venue hari ni, gym rakyat KBS.

17/01/2011

Today workout - Chest


Hari ni guadah mula masuk jadual.

Setelah di amati dan di pikir-pikirkan, gua rasa cukup untuk 4 hari workout kat gym. Hari ni gua mulakan dengan chest workout. Rutin chest workout macam biasa. Masih menggunakan superset style dan diomond set. Tapi weigth gua ambil yang ringan la. Sebab baru nak mulakan.

Gua dah start makan lipo 6. Tapi yang biasa punya. Ok la gua rasa. Sebab kesan dia pun dapat respon positif dari pengguna yang dah try lipo ni. Gua rasa lebih kurang sama je dengan lipo6 x.

Ok ni set gua trainning tadi.
  • bench press
  • inline bench press
  • Incline dumbell press
  • decline bench press
  • pull over
  • Sit machine fly
  • Sit up super set
Venue, Gym rakyat KBS.

14/01/2011

Rest gym


Rest, maybe isnin baru start balik.

Memandangkan malam ni gua akan ke terengganu, so gua rest gym. Gua rasa memang tak cukup main gym macam ni. Mana taknya, berbeza dengan masa sebelum kahwin. Gua kena cari formula baru ni. Makan pun dah start susah nak control.

Kena start diet. tapi payah juga nak diet ni. Sebab makan sentiasa ada depan mata. Kenapa dulu gua boleh control ek. Maybe sebab willing dah tak power kot. Hati dah senang. Dapat bini cun.

Stock gua untuk lipo belum sampai lagi. Gua terpaksa ambil dekat mizi dulu. Lipo 6. Walaupun ramai yang kate kesan die tak sepower lipo6x, tapi pada gua ianya bergantung pada diet dan juga cara workout kita . Kalau kena dengan caranya, pasti menjadi.

Tolong kembali semangat diet ku...

13/01/2011

Otot kembang malam


Betul kata wak, muscle ni bila malam dia kembang. Sebab tu bila bangun tidor waktu pagi gua rasa sakit badan. Tak apa, hari ni gua tetap akan turun trainnig.

Sekarang ni jadual gua agak ketat. Tak boleh main gym cam dulu lagi. Tapi gua target gua akan ke gym secara wajib 4 hari seminggu. Kalau ada masa ahad gua akan ke gym juga. Kira ok la.

Muscle gua sakit lagi ni. Tak sabar gua nak masuk lipo6 x balik. Perlukah gua berdiet balik?

Semalam trainning gua seperti biasa overall workout. Tapi campuran dengan superset style. Sebab gua main weight yang ringan. So lebih bermakna dengan dengan guna cara superset. Minggu depan baru gua akan start jadual untuk main part by part.

Venue, gym rakyat KBS.

12/01/2011

muscle mula sakit


Biasa la, kalau dah lama tak pergi gym badan mesti sakit. Sekarang ni gua rasa dari atas sampai bawah semua cam sakit-sakit je. Pakai baju pun macam nak gadoh dah sekarang.

Semalam hari kedua gua ke gym. Memang tak larat, tapi lawan juga. Memang sakit tapi lawan juga. Bak kat orang, no pain no gain. Minggu ni gua rasa cam dapat main gym 4 kali je. Isnin sampai khamis.Ok la tu. Hari lain gua rasa cam bizi sikit.

Latihan semalam pun gua buat overall workout. Untuk overall workout ni gua cuma buat 4 set je setiap course. Kalau lebih takut energy tak cover yang lain pula. Gua tak masuk apa-apa sumplemet pun sekarang ni. Sebab gua nak rest badan gua dari benda-benda tu. Minggu depan baru gua start balik. Lagi pun biarla muscle2 yang sakit ni recover dulu.

Venue semalam di gym rakyat KBS.

10/01/2011

Back to the gym


Gua rasa hampir 3 minggu gua tak pergi gym. Rasa badan macam dah start naik. Hari ni gua gagahkan diri untuk ke gym masa lunch.

Mana tidaknya, lepas kahwi ni rasanya masa tu je yang gua dapat untuk pergi gym.

Seperti biasa, kalau gua dah lama tak train, gua akan buat overall workout. Nak warm up balik muscle. Gua agak esok bangun pagi mesti sakit punya. Dah lama tak workoutkan. Gua rasa minggu ni macam belum lagi la untuk kembali train superset style. Selagi lipo 6x gua tak sampai, rasanya cam tak sesuai untuk mulakan.

Ok ni trainning gua hari ni,
  • Seated military dumbell press
  • front dumbell raise
  • Side lateral raise
Chest workout:
  • Bench Press
  • Dumbell fly
  • Pull Over
Arm workout:
  • Alternate arm curl
  • tricep dumbell extension
  • bar reverse curl
Leg workout:
  • Leg curl
  • Squat
Untuk perut, gua masih gunakan superset style. Sebab gua rasa teknik tu amat berkesan untuk bentuk balik perut gua.

Venue, gym rakyat KBS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

strongest men! are U dare?

click bebanyak cepat