Followers

life mrfeckry

25/08/2010

Back Workout


Gile penat gua buat back workout. Ini part yang pada gua sangat susah. Tadi main cuma sejam. Sebab puasakan. Tapi penatnya memang tak hingat.

Macam biasa wak tunjuk gua cara workout back yang superset punya. Actually superset ni lebih menggabungkan course yang ada. Kalau tengok yang kat atas ni, semuanya cara nak workout back. Tapi cara superset, dia akan menggabungkan 3 dalam satu. Bermakna 3 course dalam satu set.

Kesemuanya buat 5 atau 6 set. Kalau larat main la sampai 6 set. Setiap set cuma 10 rep je. Pastu cuba tengok peluh dah macam mana.

Silap-silap baju dah boleh perah dah.

Gua akan train sampai complete badan gua. Alang-alang buat bar sampai jadi. Kali ni tak nak stop separuh jalan.

Kebanyakan orang main separuh jalan. Cepat putus asa.

Penat tak terasa



Kesan bestnye guna Lipo 6x ni, bila lepas berpeluh tenaga akan datang mencanak-canak. Penat hilang dan tenaga datang balik.

Semalam gua baru perasan kesan tu. Itu pun sebab wak cakap. Selama ni gua belasah je. Patut la rasa tak penat. Orang kata kalau makan nanti tak ngantuk. Tapi kalau dah lepas workout kat gym, comfirm gua akan terlelap. Sekurang-kurangnya 10 minit mesti pejam.

Sekarang ni bulan puasa. Kat office gua sejuk je dengan ekon.

Tapi sejak gua telan Lipo 6x ni, gua tak rasa sejuk pun. Gua rasa nanti lepas raya pun gua buat macam ni juga. Makan masa pagi. Kalau gua makan masa petang, comfirm malam gua tak boleh tidor pasal badan panas.

Hari ni gua akan trainning back.

24/08/2010

Superset


Gua baru balik gym.

Hari ni trainning teruk juga. Tapi dapat ilmu baru. Superset. Siapa tak larat memang tak boleh buat. Nasib gua makan Lipo 6x. Kalau gua tak telan, gua rasa memang tak larat untuk trainning tadi.

Tadi gua main shoulder. Bukan senang nak train shoulder. Pasal Shoulder ni memang daging padu.

Wak ajar gua cara main superset style. Giler penat. Mau tidaknya, satu set 2 course. Kalau buat flying dumbell shoulder mesti gabung dengan front dumbell. Buat pula bukan sikit. Wajib 6 set dan 15 rep ke atas.

Sebelum blah, wak suruh wat exercise perut. Wak tunjuk style superset. Selalu gua seat up ke depan je. Hari ni, depan, kiri dan kanan. Paling kurang 15 rep dan wajib 6 set. Sampai meremang bulu roma gua.

Tapi gua puas hati. Sebelum tak pernah gua main macam ni. Esok main bahagian back pula.

Lipo 6 x


Minggu lepas gua beli kat wak Lipo 6 x.

Puas gua kaji pasal benda ni. Memang dah lama gua teringin nak gua. Actually benda ni untuk reduce berat. Biasanya body builder guna untuk buat cutting.

Mengikut apa yang gua baca, Lipo ni begi kesan dengan cepat.

Pasal side effect?

Memang ada. Bohong la kalau tak ada. Ada yang kata nanti effect kat buah pinggang, mandul, ulu hati prob la, tidur tak boleh la, dan macam-macam lagi.

Gua risau juga. Gua minta pendapat orang-orang lama. Biasa mangkuk-mangkuk yang fail guna sumplement macam ni dorang tak makan sayur. Nasib gua ni memang hantu sayur. Pantang jumpa sayur, mesti licin gua sebat.

Setakat ni, gua tak ada masalah tak boleh tidur, anu tak naik, atau sakit ulu hati. Mungkin sebab gua rajin makan sayur.

Bestnya guna benda ni, walaupun gua puasa, tapi gua punya energy macam orang tak puasa. So memang tak ada hal la bagi gua nak main besi lama-lama.

Gua masih menunggu resultnya. Gua nak tengok hasilnya selepas 4 minggu. Setekat ni gua baru guna dalam 5 hari.

Tunggu dan lihat.

Intro Tegap




Tegapmen.blogspot.com

Gua suka main gym. Dari umur 16 tahun gua main besi. Sebab tu ketagihan main besi sampai sekarang tak hilang. Walaupun gua sendiri tak tahu sampai bila gua akan main besi, tapi gua tetap tak hilang minat pada besi.

Dulu gua pernah stop. Then pas stop tu badan gua kecut. Tak silap gua, gua stop masa gua sedang syok bercinta. Masa umur 18 la.

Tapi bila clash dengan awek gua, gua kembali pada gym. Masa tu, hampir setiap hari gua main gym. Pada besi la gua lepas geram. Serius, makin lama makin stim main dengan besi. Sampai gua dapat lupa pasal cerita putus cinta.

Masa tu gua main kan gym pandan indah. Nama gym tu kalau tak silap Top Gym. Masa tu gua cari geng seminat dengan gua. Ramai pula kawan masa tu. Tapi lepas setahun gua terpaksa stop.

Sebab gua injured kat lutut. Tu pasal main bola. Tension gila. Baru ingat masa tu nak masuk protien.

Tahun ni.

Gua kembali ke gym. Gym kat KBS. Serius best, dan gua akan serius bermain dengan besi sekarang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

strongest men! are U dare?

click bebanyak cepat