Sakit belakang.
Tu yang sekarang ni gua rasa. Sebab gua asyik buat deadlift yang berat. Latihan Mr badang tu perlukan untuk buat deadlift dan latihan lain yang berat-berat. Tu yang sampai sakit belakang gua.
Wak kata gua kena ambil protein. Sebab, gua trainning berat. Perlu ada recover. Gua rasa cukup je recover dengan sayuran dan buah-buahan. Dalam latihan Mr Badang yang gua dah buat dua tiga kali ni, gua rasa masih tak dapat capai tahap yang gua nak.
Mana tidaknya, gua baru baik demam. Bila demam , power mesti drop. Nak rebuild balik strenght. Tu yang tak larat tu.
Larian bersama dumbell pula gua rasa macam ada sikit kemajuan. Sebab gua rasa macam dah ringan dah dumbell yang gua guna untuk trainning tu. Tapi dari segi stamina, masih di bawah par.
Hari ni tengah hari gua tak turun gym. Nak rest sikit. Sebab malam ni ada futsal. So gua akn ke gym sebelah petang.
Seriously, rest kena cukup kalau nak main besi.
life mrfeckry
30/11/2010
26/11/2010
Rest
oleh
Mr feckry
Hari gua rehat. Sebab nak balik kampung.
Tapi still mahu menulis tentang gym. Tak tahula sampai bila gua akan terus tulis pasal gym. Dah minat kot. Tak dapat main gym, tulis pasal gym ok juga rasanya. Gua seronok tulis pasal gym dan kesihatan. Sebab, gua tak perlu risau dengan penulisan gua, sebab gua tak kutuk orang, tak tulis pasal politik , tak mencarut, cuma gambar agak seksi je.
Bila cerita pasal kesihatan, gua terperasan satu benda. Orang yang rajin bersukan kebanyakkannya jarang atau susah untuk kita dengar kena sakit jantung la, darah tinggi, kencing manis mahupun penyakit yang sewaktu dengannya.
Mungkin sebab mereka ni selalu berpeluh. Tengok orang main gym ni, kuat makan. Tapi relax je. Muka pun sentiasa nampak muda? Tak percaya?
Lu orang boleh usha umur jaguh-jaguh bina badan negara kita.
Tetapi, sebaliknya berlaku pada orang yang tak suka bersukan. Cepat dapat sakit. Beb, bila malas bersukan kita akan mengundang pelbagai aspek negetif ke dalam badan. Bukan pada fizikal saja, tapi mental pun turut berjangkit.
Jadi, apa tunggu lagi? Jangan la asyik nak baring saja depan tv atau duduk saja mengadap internet. Riadah la, kan banyak faedah. Dapat pahala pula.
Tapi kalau time beriadah kat gym ada awek seksi tengah erobik camne ye?
25/11/2010
Pasca Strongest Man-3
oleh
Mr feckry
Tadi gua pergi gym. Sekarang ni kalau gua pergi gym tengah hari memang gua akan trainning untuk strongest man.
Serius penat. Gua rasa macam power dah kurang. Tak tahula power kurang atau injury sebab semalam gua buat deadlift sampai 180kg. Hari ni gua hanya mampu buat sampai 160kg je. Maybe gua perlu rest. Mau tidaknya, gua dari hari sabtu hari tu tak stop. Memang la penat.
Gua cuba lari bawa dumbell 50kg tadi. Serius memang penat dan mengah. Rasanya perlu banyakkan latihan lari bawa dumbell lagi.
Setakat dua hari ni gua rasa masih belum mampu apa-apa lagi. Masih belum dapat gud result lagi.
Pasca Strongest Man - 2
oleh
Mr feckry
Semalam gua dah start trainning set untuk game strongest Man. Serius, gua ingatkan tak penat. Tapi, penat juga. Sama je kepenatan dia dengan gua trainning untuk superset. Maklumlah bukan mudah nak menang rm 1k.
Latihan gua bermula dengan deadlift. Setakat ni gua cuma mampu angkat 180kg je deadlift tu dengan jumplah 6 rep.
Lepas deadlift gua lakukan latihan ni:
- seated row
- military seat raise
- dumble sprint
- squat
- tricep machine press
Venue, Gym Rakyat KBS.
24/11/2010
Today workout- Chest + back
oleh
Mr feckry
Semalam gua trainning 2 part. Chest dan juga back. Berat juga beb. Sebab tu gua nampak sangat lesu malam tadi lepas main futsal.
Gua check BMI gua semalam. Beb, result die 29. Berat gua 87. Tinggi gua 175. Pastu fat gua dalam 20%. Gua perlu trunkan berat badan dalam 6kg lagi untuk dapat berat yang ideal. So, kena diet lagi ke? Gua rasa macam dah sangat bosan untuk diet. Mana tidaknya, sebab diet gua dah tak selere makan sedap-sedap lagi. Bulan ni gua tak makan langsung fast food. Ajaib sungguh.
Trainning untuk mr badang, gua belum start lagi . Sebab kesuntukan masa. Mungkin tengah ari ni gua akan lakukan trainning Mr badang. Nak kena main berat-berat ni, nak bagi tambah energy.
Ramai yang cakap, gua trainning ringan je. Tapi bila dorang follow, semua tak larat. Memang la, gua main berat yang minima. Pastu gua akan buat high rep. Latihan ni untuk buat cutting. Kalau untuk buat size gua akan tambah berat. Gua rasa relax dulu untuk buat size. Next year baru buat.
Ni senarai gua trainnging semalam:
Back workout.
- sit up superset
- Chin up + Bar dip as warm up
- Wide-Grip Pull down 3style super set
- One arm dumbell row
- Dumbell bent over row
- Bent Over laterall raise
- Machine laterall raise
- barbell bent over row
- dead lift
- bench press
- inline bench press
- Incline dumbell press
- decline bench press
- pull over
- Sit machine fly
- Sit up super set
Venue semalam di gym rakyat KBS.
Subscribe to:
Posts (Atom)













