Followers

life mrfeckry

31/05/2010

Maradona: I'll celebrate naked


Manager yang giler ni dah mula buat perangai. Ada ke patut mahu berbogel kalau menang World Cup. Kalau betul dia buat memang di ni bengong la. Ape tak cara lain ke nak celebrate.

Mau juga kena tulah tak menang ni.

Respon dari berita ini, ramai rakyat Argentina telah membeli lastik. Katanya mereka mahu melastik Maradona jika di berbuat demikian. Memang tidak masuk akal Deigo Armando Maradona. Sedang menager lain berhempas pulas mereka-reka taktikal untuk game pembuakaan , maradona sibuk dengan perang saikologinya.

Maradona nampak seperti membuatkan pengurus lain tertekan. Lebih-lebih lagi pengurus team futsal pasukan Zizou.

Thursn=day nite futsal, team Zizou bertanding.

Esok Umum


Besok tujuh pemain akan disingkirkan dari skuad kebangsaan England. Di dalam gambar ini gua di beritahu adalah barisan pilihan Capello.

Tapi lu orang nampak tak Lampard?

Time ni Lampard demam. Tak dapat join lawan dengan Mexico. Sebab tu gambar dia tak ada. Mengikut cakap daro perbualan Pak Din tukang urut kat Chow Kit, " kalau beckham ada, game semalam lawan dengan Jepun mungkin jadi lain. Pak Cik tengok penalti yang Lampard ambil dan juga freekick yang rooney ambil kalau beckham yang ambil comfrim masuk."

Itu luahan Pak DIn tukang urut kat Chow Kit. Lu orang macam mana?

England minta simpati

Percaya tak England minta simpati? Mana taknya, dorang tak boleh nak score. Sampai terpaksa melutut dan menyembah kepada pemain Jepun.

Tergelak aku dengan game semalam, Jepun sebenarnya menang 3-0. Tapi di sebabkan pengurus Jepun tu dah kena manderem dengan Capello, 2 dari tiga jaringan pemain jepun M. Tanaka terpaksa di sedekahkan kepada England.

Rooney main maca kerbau. Semua dia nak lanyak, tapi score pun takde pula. Gua nampak sendiri Rooney sengaja main pijak kaki.

Paling kelakar, pemain tengah yang bertaraf bintang gila babas England Frank Lampard. Ada ke patut tendang penalti tak masuk. Tendang penalti pun perlahan je gua tengok. Gua rasa member gua amin yang main futsal tu punya rembat lagi kuat.

Di sebabkan game semalam macam haram, gua telah memaksa TV gua menonton gua (tertido).

30/05/2010

Argentina dah sampai!


Pasukan calon juara Argentina di khabarkan sudah sampai dan menjejakkan kaki di South Africa. Ketibaan mereka tidak la di sambut oleh paluan kompang mahupun tarian singa. Tetapi sudah tentu mereka di sambut dan di hayak oleh peminat team tu.

Maradona seolah-olah macam nak saiko team lain. Ketibaan awalnya ni macam nak bagi tahu mereka dah benar-benar bersedia dan tak sabar-sabar nak main untuk World Cup.

Gua pasti team lain comfirm gegar dengan statement ni, “I’m excited to be here, I love South Africa and I’m looking forward to the World Cup,” said Maradona.

Nampak sangat Maradona ni memang kuat saiko.

So team England bila lagi?

Messi warning awal-awal


Hari kalau lu orang tengok kat paper Metro, nampak muka messi tengah dok terpleot kat padang.

Gua pun tak faham kenapa mamat ni dok macam tu.

Tapi tajuk bagai nak gempak. 'Piala Dunia Saya'. Gempak tak? macam sah-sah je piala dunia tu dia punya. Nasib gua sokong argentina. Seolah-olah confident level bebudak team argentina dah tinggi dan meluap-luap.

Pencabar terdekat dorang, spain brazil dan England. Itu kata messi. Gua cuma takut, awal-awal cerita bagai nak gila.

Tapi nanti masa World Cup, grouping pun tak lepas. Ingat tak apa jadi kat France masa 2002. Grouping pun tak lepas. Nak kate team masa tu tak kuat, gua rasa semua player dorang memang power.

Masih tunggu dan lihat apa perkembang lepas ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

strongest men! are U dare?

click bebanyak cepat