Followers

15/07/2010

Stop WC 2010


Ehhh.dah takmau cerita World Cuo ke, sotong ke..sekarang ni gua nak mengekori citer-citer bola yang lain pula. Dah la team England dan team Argentina kalah.

Ish...ish...gua tak salahkan sotong...

06/07/2010

Impian..Mara Dona


Akhirnya impian Maradona tercapai..tapi kenapa murung je..takkan nak suruh model paraguay tu temankan plak..?

05/07/2010

Jangan sedih Mara-Dona

Gua tau segala impian dah lebur, segala harapan sudah musnah, segala penat lelah seolah tidak berhasil. Namun itulah harga yang perlu lu bayar Maradona. Lu terlalu angkuh dengan team lu. Benar, lu ada team yang betul-betul ramai star.

Tapi sebab lu angkuh dan berlagak, lu kutuk semua team lain.

Kalau lu lawan team Malaysia, gua pun sanggup berentap dengan lu.

Kesilapan Maradona adalah sebab terlalu yakin dengan berlagak. Dia raa dia yang terhebat. Sehinggakan menginjak-injak team lain.

Dia tak sedar, pasukan lain sedang mengkaji dan study kelemahan pasukan dia. Malah setiap pasukan yang bertarung dengan Argentina, mempunyai semangat yang begitu membara akibat dibakar oleh mulut celupar Maradona.

Lihatlah, rebah segala benteng Argentina. Terkulai layu. Tak terbangkit walau sedikit pun. Lain kali jangan berlagak kuat, ops bukan lu orang yang berlagak tapi lu punya jurulatih yang berlagak dan angkuh.

Tapi gua tetap minat Argentina.

Babai, ni post akhir untuk kem argentina. Dun cry 4 me argentina.

04/07/2010

Lauk masak DONA

Bengang tgahap cipan.

Kekalahan teruk Argentina kat tangan Jerman memang gua tak sangka. Jangan kata gua, mak kiah, kiah pekasam, halimah jongang, dan fatimah juling semuanya tak percaya. Sampai 4-0 kena dengan Jerman.

Gua dah kata blog ni akan stoy pasal England dan argentina. Sebab gua fan dia. Ni dua-dua kalah dengan Jerman.

England kalah 4-1, Argentina kalah 4-0. Siapa lagi teruk, England ke Argentina?

Dua-dua sama, jerman banyak score masa sepruh masa kedua. Dorang macam bernafsu dangan rakus membolosi gawang Argentina. Sampaikan Heguin terpaksa turun bawah tinggalkan Tevez sorang-sorang kat atas.

Nah sekarang sape yang boleh berlari bogel? Maradona ke rakyat Jerman? Mara dona nak sangat bogel berlari di Bounes Aries. Paling gua kelakar, lu orang perasan tak coat yang selalu dia pakai masa game?

Dia tak pernah basuh beb!. Gua ingat argentina suwei la pasal bau busuk coat tu.

Memang sebelum ni gua rasa macam nak angkat Maradona jadi idola, tapi kalau dah kena sampau 4-0 ni jangan kata gua nak angkat, rasa macam nak pijak je maradona tu.

Pergila dia Maradona bogel sorang2.

Dun cry for Me argentina!

02/07/2010

Lineup untuk lawan Jerman esok

Petang tadi gua di jemput untuk memantau sesi latihan kem Argentina. Memandang gua memang support and fan team tu, gua di beri layanan istimewa seperti makan ketupat sotong dan minum air tebu.

Peh memang sedap.

Dengan penuh serius, gua memerhatikan sesi latihan tu. Gua tengok maradona memang seorang sangat komited. Dia tak garang. Lebih kepada sifat terbuka. Boleh di katakan setiap perancangan dan strategi yang di atur, sentiasa di setujui oleh pemain.

Pada gua Argentina dah memang siap sedia. Dorang tgak payah train pun dah boleh menang. Dorang train pun sebab memang dah diorang suka main bola. Kalau petang tak main, memang stone je bebudak player ni.

Disebabkan Jerman memang bukan tandingan team Argentina, lineup untuk game esok telah di tukar 100%.

Tevez, Messi, De maria dan semua star tak akan di turunkan. Mereka akan lepak dengan gua sambil makan kacang dan minum teh o beng pastu main carom kat kedai Teh O beng 70 sen. Kedai tu pun ada buka game lawan Jeman. Maradona pun main carum sekali.

Gua rasa line up kali ni memadai untuk berhadapan dengan team Jerman. Lain la Brazil.

01/07/2010

De Maria diminati Mourinho

Angel De Maria.

Memang Angel la. Kelmarin Maradona ada cakap, " budak Maria ni kalau jual mesti laku. "

Hari ni gua dapat tahu, Real Madrid dah comfirmkan pembeliannya terhadap Angel De Maria. Lu orang kalau tengok Argentina punya game dalam world cup mesti perasan player no 7 team tu. Power mamat ni main. Kalau gelicik bola, siap silang-silang kaki. Kalau tanduk, mesti nak kasi terbang punya badan dia. Kalau ambil freekick, mesti nak melencong gila-gila.

Pasal tu Real Madrid sanggup habiskan duit sebanyak 20 juta. Angel De Maria ni baru berusia 22 tahun. Dan masih bujang lagi.

So kalau ada awek-awek yang nak usha, pi la try. Mana tahu ada nasib.

Gua sangat tertunggu akan rentak mula Real Madrid kali ni. Dah dekat 3, 4 tahun team Real madrid ni haus dan tak dapat capai KPI dorang.

Musim ni Real Madrid akan di kendalikan oleh pengurus yang anggap paling berjaya selain Alex Fegurson dan Maradona. Ops! maradona belum lagi. Kalau dapat menang World Cup baru boleh diiktiraf sebagai berjaya.

Jose Mourinho ni memang bijak. Dalam senyap dia dah beli player ni. Mesti Maradona yang call die soh beli mamat ni.

Agak-agak player hengland ada team nak beli tak?

Lagi senapang patah

Bastian Schweinsteiger

Satu lagi peluru berpandu yang ada cop hitler. Bastian Schweinsteiger ni adalah salah seorang pemain handalan Jerman. Mamat ni mempenyai kemahiran rembatan jauh yang sangat berkuasa tinggi.

Ianya terbukti apa bila beliau telah mempunyai rekod di dalam perlawanan bersama kelab yang di wakilinya iaitu Beyern Munich. Namun begitu, ketika mewakili Jerman pada piala dunia kali ni dia gagal membuat rembatan jauh yang berkuasa tingginya. Ini kerana taktikal jerman kali ini adalah sangat berbeza dengan taktikal yang biasa Bastian Schweinsteiger main ketika di Bayern.

Ketika Bastian Schweinsteiger sedang bertungkus lumus bermain di padang, ada seorang awek yang sedang memerhatikannya dengan penuh romantik. Malah telah di siapkan sekali dua cawan air setan untuk Bastian Schweinsteiger minum.

Peliknya bila masa Bastian Schweinsteiger tu nak minum. Kan dia tengah sibuk main bola.

Gua masih menyiasat nama awek ni. Kemungkinan besar bukan aloyah atau jenab. Namun sebenarnya awek ini adalah semangat untuk Bastian Schweinsteiger beraksi cemerlang. Gua dah call maradona, kasi block ini awek masa lawan jerman.

Comfirm jentera bahagian tengah Jerman kantoi.


Lu orang tanya siapa awek ni? Takkan maid Bastian Schweinsteiger kat rumah kot. Agak-agak la. Kalau maid macam ni, bini dia pula macam mana.

Gua tengok muka Bastian Schweinsteiger macam bill clinton la. Kan? kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

strongest men! are U dare?

click bebanyak cepat