Followers

31/08/2010

Kuatkan Semangat





Ke gym semalam, walaupun gua rasa macam nak demam. Dalam otak pikir, " kalau tak pergi rugi pula makan Lipo6x pagi tadi."

Sampai gym tengok wak tak ada. Ada sorang je dalam gym. Tu pun bor yang kerja kat MOA. Gua bertekad untuk workout chest. Serius, gua tak rasa strenght gua sama macam semalam. Biasanya gua buat bench press, boleh sampai 20 rep. Tapi semalam kebanyakan gua buat 10 ke 15 rep.

Itu pun gua dah reduce weight besi da.

Semacam ada yang tak kena. Pegang kepala gua rasa macam panas sikit. Gua rasa gua demam la. Tapi kenapa gua punya tenaga macam tak habis-habis. Gua tak rasa penat pun. Mungkin tu kesan dari Lipo 6x yang gua makan.

Hari ni gua cuti gym, pasal nak cari baju raya!

29/08/2010

Mr Malaysia 2010 kontrovesi?


Kontroversi Mr Malaysia 2010.

Gua tak pakar dalam judge bina badan ni. Pada mata kasar, siapa lagi berketul dan cantik pasti dia akan menang.

Mike( gambar atas ) Telah dipilih champ Mr Malaysia 2010. Gua baru download video Mr Malaysia 2010. Gua sempat dah layan semua tu. Gua tengok kalau dari segi badan, Syukri (gambar bawah) lagi lawa body dia. Muscle lagi besar.

Tapi tak tahula. Siapa la gua nak judge semua ni. Gua pun bukan nak masuk tournement ni. Kalau gusti lengan may be yes.

Actually Mike ada satu kelebihan. Performance dia memang best. Gaya bebas yang dia buat memang cun. Dengan music background lagu robot mana tah, memang menjadi. Agaknya pasal tu dia menang.

Wak cakap, judge akan tengok dari segi body balance. Kalau cam tu, tak payah buat besar-besar, kecing pun dah boleh menang.

28/08/2010

Lipo support kalau pening



Pening time pagi tadi masa gua nak pergi gym.

Sahur tadi gua telan Lipo 6x 2 biji. Mana la tahu ok. Memang ok. Gua baru balik dari gym. Seriusly gua workout semua part. Dan yang syok bagi gua, setiap part gua buat superset. Tak ada masalah.

Cuma mengah sikit. Mengah ni memang masalah biasa kalau makan Lipo 6x. Tadi gua workout dari shoulder sampai la kaki.

Memang kalau hujung minggu gua akan main semua. Kira bagi recover balik semua. Ya la, semalam gua rest. So hari ni, gu rasa cukup energy untuk workout semua part.

Bagusnya workout semua part ni , sebab dia akan train stamina kita. Memang kita main light. Tapi tak la sampai light sangat. Kalau boleh push lebih dari 10 tu dah kira ok la. Kalau larat buat sampai 20 rep.

Esok macam biasa. Main semua part.

27/08/2010

Masalah perut



60% orang Malaysia gemuk. Tanda orang Malaysia ni kaya dan banyak makan. Ramai tanya gua macam mana nak bagi perut kempis dan tak buncit macam labu. Jawapan gua mudah je, exercise.

Persoalannya rajin ke nak buat?

Kalau nak perut cantik, kita memang tak boleh lari dari kawal makan dan juga exerxise perut. Serius gua cakap, dari dulu gua buat masih tak berjaya nak dapat sixpack. Tapi kali gua sedang mencuba kaedah superset untuk buat six pack. Alang-alang dah buat, biar buat sampai jadi.

Gua cuba support dengan Lipo 6x yang gua makan tu. Target gua dalam masa dua bulan mesti dah ada perubahan.

Kali ni pasti berjaya!

Gym Rakyat KBS




Gym rakyat KBS..

Ini gym yang gua lepak hari-hari. Yup hampir setiap hari. Kalau boleh 7 hari seminggu. Tapi kena rest juga.

Semalam chest workout.

Wak, coach gua ada meeting pula. So gua train sorang-sorang. Memang sorang-sorang. Pasal tak ada siapa pun datang gym. Pada lagi bagus. Gua boleh buat gym ni bapa gua punya. Training chest semalam tak heavy. Tapi gua buat superset.

Serius, penat gila. Pelik juga, adakah mengalami masalah strength decrease? Oh tidak. Gua tak mau salahkan puasa. Pada gua puasa lebih memberi kesihatan.

Gua rasa sebab kali ni gua main slow sikit. Nak bagi lagi effect. Kalau buat bench press tu, kalau boleh nak buka habis. Tak nak main sekerat-sekerat. Kata wak kalau main sekerat-sekerat nanti dada jadi macam perempuan.

Sit up still ta boleh capa 20 untuk superset. Gua akan terus mencuba juga. Sit superset ni lain dari sit up biasa. Jangan ingat senang nak buat.

25/08/2010

Back Workout


Gile penat gua buat back workout. Ini part yang pada gua sangat susah. Tadi main cuma sejam. Sebab puasakan. Tapi penatnya memang tak hingat.

Macam biasa wak tunjuk gua cara workout back yang superset punya. Actually superset ni lebih menggabungkan course yang ada. Kalau tengok yang kat atas ni, semuanya cara nak workout back. Tapi cara superset, dia akan menggabungkan 3 dalam satu. Bermakna 3 course dalam satu set.

Kesemuanya buat 5 atau 6 set. Kalau larat main la sampai 6 set. Setiap set cuma 10 rep je. Pastu cuba tengok peluh dah macam mana.

Silap-silap baju dah boleh perah dah.

Gua akan train sampai complete badan gua. Alang-alang buat bar sampai jadi. Kali ni tak nak stop separuh jalan.

Kebanyakan orang main separuh jalan. Cepat putus asa.

Penat tak terasa



Kesan bestnye guna Lipo 6x ni, bila lepas berpeluh tenaga akan datang mencanak-canak. Penat hilang dan tenaga datang balik.

Semalam gua baru perasan kesan tu. Itu pun sebab wak cakap. Selama ni gua belasah je. Patut la rasa tak penat. Orang kata kalau makan nanti tak ngantuk. Tapi kalau dah lepas workout kat gym, comfirm gua akan terlelap. Sekurang-kurangnya 10 minit mesti pejam.

Sekarang ni bulan puasa. Kat office gua sejuk je dengan ekon.

Tapi sejak gua telan Lipo 6x ni, gua tak rasa sejuk pun. Gua rasa nanti lepas raya pun gua buat macam ni juga. Makan masa pagi. Kalau gua makan masa petang, comfirm malam gua tak boleh tidor pasal badan panas.

Hari ni gua akan trainning back.

24/08/2010

Superset


Gua baru balik gym.

Hari ni trainning teruk juga. Tapi dapat ilmu baru. Superset. Siapa tak larat memang tak boleh buat. Nasib gua makan Lipo 6x. Kalau gua tak telan, gua rasa memang tak larat untuk trainning tadi.

Tadi gua main shoulder. Bukan senang nak train shoulder. Pasal Shoulder ni memang daging padu.

Wak ajar gua cara main superset style. Giler penat. Mau tidaknya, satu set 2 course. Kalau buat flying dumbell shoulder mesti gabung dengan front dumbell. Buat pula bukan sikit. Wajib 6 set dan 15 rep ke atas.

Sebelum blah, wak suruh wat exercise perut. Wak tunjuk style superset. Selalu gua seat up ke depan je. Hari ni, depan, kiri dan kanan. Paling kurang 15 rep dan wajib 6 set. Sampai meremang bulu roma gua.

Tapi gua puas hati. Sebelum tak pernah gua main macam ni. Esok main bahagian back pula.

Lipo 6 x


Minggu lepas gua beli kat wak Lipo 6 x.

Puas gua kaji pasal benda ni. Memang dah lama gua teringin nak gua. Actually benda ni untuk reduce berat. Biasanya body builder guna untuk buat cutting.

Mengikut apa yang gua baca, Lipo ni begi kesan dengan cepat.

Pasal side effect?

Memang ada. Bohong la kalau tak ada. Ada yang kata nanti effect kat buah pinggang, mandul, ulu hati prob la, tidur tak boleh la, dan macam-macam lagi.

Gua risau juga. Gua minta pendapat orang-orang lama. Biasa mangkuk-mangkuk yang fail guna sumplement macam ni dorang tak makan sayur. Nasib gua ni memang hantu sayur. Pantang jumpa sayur, mesti licin gua sebat.

Setakat ni, gua tak ada masalah tak boleh tidur, anu tak naik, atau sakit ulu hati. Mungkin sebab gua rajin makan sayur.

Bestnya guna benda ni, walaupun gua puasa, tapi gua punya energy macam orang tak puasa. So memang tak ada hal la bagi gua nak main besi lama-lama.

Gua masih menunggu resultnya. Gua nak tengok hasilnya selepas 4 minggu. Setekat ni gua baru guna dalam 5 hari.

Tunggu dan lihat.

Intro Tegap




Tegapmen.blogspot.com

Gua suka main gym. Dari umur 16 tahun gua main besi. Sebab tu ketagihan main besi sampai sekarang tak hilang. Walaupun gua sendiri tak tahu sampai bila gua akan main besi, tapi gua tetap tak hilang minat pada besi.

Dulu gua pernah stop. Then pas stop tu badan gua kecut. Tak silap gua, gua stop masa gua sedang syok bercinta. Masa umur 18 la.

Tapi bila clash dengan awek gua, gua kembali pada gym. Masa tu, hampir setiap hari gua main gym. Pada besi la gua lepas geram. Serius, makin lama makin stim main dengan besi. Sampai gua dapat lupa pasal cerita putus cinta.

Masa tu gua main kan gym pandan indah. Nama gym tu kalau tak silap Top Gym. Masa tu gua cari geng seminat dengan gua. Ramai pula kawan masa tu. Tapi lepas setahun gua terpaksa stop.

Sebab gua injured kat lutut. Tu pasal main bola. Tension gila. Baru ingat masa tu nak masuk protien.

Tahun ni.

Gua kembali ke gym. Gym kat KBS. Serius best, dan gua akan serius bermain dengan besi sekarang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

strongest men! are U dare?

click bebanyak cepat